Penduduk Batang Melaka sebak terima ziarah ADUN Asahan
ASAHAN 25 Julai – Beberapa penduduk di Kampung Batang Melaka, di sini, sebak apabila menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, semalam.
Lawatan Kasih yang diadakan itu merupakan acara mingguan yang dilakukan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan yang bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat disamping mengambil tahu mengenai kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.
Dalam lawatan kali ini, Abdul Ghafaar memilih lima buah rumah di Kampung Hilir, Batang Melaka untuk bertanya khabar disamping turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Lawatan tersebut turut dihadiri Ahli Majlis Perbadaran Jasin (MPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai pemudah cara untuk membantu masyarakat mendapatkan bantuan.
Antara bentuk bantuan yang diambil maklum menerusi sesi Lawatan Kasih itu termasuklah membantu urusan mendapatkan bekalan lampin pakai buang dan susu, serta masalah baik pulih rumah dan membantu penduduk mendapatkan lesen untuk memulakan perniagaan.
Views:
Related
Berita Lain
‘TERIMA KASIH BANTU KAMI’
KUALA LINGGI 10 Januari - "Bagaikan hilang kata-kata apabila melihat keadaan dalam dan perkarangan rumah kini lebih bersih dan kemas....
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...
BAJET 2025: RAKYAT SYUKUR KERAJAAN MELAKA PEDULI NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 10 Januari - Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama...
LEMPAR TUKUL BESI KE ARAH BALAI POLIS LEPAS DENGAR ‘BISIKAN’
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Polis Melaka menahan seorang lelaki yang juga penganggur selepas melakukan khianat dengan memecahkan cermin Balai...
W.R.U.R: KONSEP TURUN PADANG BAWA IMPAK POSITIF
KUALA LINGGI 10 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) membawa impak positif kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA
KUALA LINGGI 10 Januari - Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil...