Melaka tiada pilihan, perlu PRN – Abdul Rahim

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 11 Okt – Melaka tidak mempunyai pilihan selain perlu melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi meredakan kemelut politik yang melanda.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik  berpendapat, krisis politik yang melanda di negeri ini dilihat amat serius sehingga mencetuskan ketegangan daripada beberapa pihak dalam kalangan ahli politik.

Katanya, perkara itu sekali gus menimbulkan persepsi tidak sihat dalam kalangan rakyat terhadap pemimpin negeri kerana perbalahan yang timbul turut membabitkan kepentingan umum.

“Saya berpendapat PRN perlu diteruskan kerana krisis yang berlaku dalam negeri ini agak serius dan meluas melibatkan dalaman kerajaan itu sendiri yang meledak.

“Perkara tersebut (berlaku) di luar jangkaan rakyat, jadi perkara ini amat berbahaya dari segi kepentingan umum, jadi apabila pendedahan dibuat secara terbuka.

“Maka dari segi tradisi demokrasi kita tiada pilihan, kecuali menyerahkan mandat kepada rakyat memilih kerajaan baru menerusi proses PRN,” katanya ketika bertemu pemberita di sini, hari ini.

Isnin lalu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kerajaan negeri mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sehari kemudian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka dibubarkan selepas mendapat keputusan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

527
Kongsi :
Previous post Tiada ‘pihak ketiga’ dalam urusan pentadbiran Melaka – SUK Melaka
Next post Jangan leka, amal kawalan kendiri- Muhyiddin
Ubah saiz-+=