Sorting by

×

Anti-vaksin jangan ‘cuba nasib’ masuk Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 11 Okt – Polis Melaka memberi amaran kepada individu tidak lengkap vaksin, termasuk mereka yang tergolong sebagai anti-vaksin agar tidak ‘cuba-cuba’ untuk masuk ke Melaka secara haram.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, walaupun kesemua sekatan jalan raya (SJR) telah ditutup di pintu sempadan negeri, namun ia bukan ‘tiket’ untuk golongan berkenaan sesuka hati memasuki negeri ini.

Sebaliknya, beliau memaklumkan, pihaknya akan membuat pemantauan dan pemeriksaan rambang, termasuklah menggerakkan anggota berpakaian preman di kawasan-kawasan tumpuan serta di SJR bergerak yang akan diadakan secara berkala bermula hari ini.

TIMBALAN Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah

“Sejak tengah malam tadi, kita telah menguatkuasakan SJR bergerak selain menggerakkan anggota-anggota untuk membuat pemantauan secara rambang sama ada beruniform atau tidak.

“Inilah cara untuk kita memastikan hanya mereka yang mempunyai vakisinasi lengkap sahaja dapat masuk ke negeri ini yang terkenal sebagai negeri pelancongan.

“Sekiranya kita dapati tiada sijil vaksinasi atau vaksinasi masih belum lengkap tempoh matang, kita akan terus mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam sidang media di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, seramai 72 polis pelancong juga akan digerakkan di lokasi tumpuan pelancong bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) terus dipatuhi.

Jelasnya, antara lokasi yang akan menjadi tumpuan utama ialah di pusat bandar serta pantai-pantai peranginan yang mempunyai banyak chalet dan inap desa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

588
Kongsi :
Previous post Rentas negeri: 12,000 pengunjung bakal banjiri Zoo Melaka
Next post Md Rawi tidak pertahan DUN Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=