Dua bilik wad Hospital Pantai terbakar, tiada kecederaan dilaporkan
SHAH ALAM 11 Okt. – Dua bilik wad di Hospital Pantai, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, dekat sini mengalami kebakaran malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang menerima laporan pada jam 11.38 malam dan tiba di lokasi empat minit kemudian.
Beliau berkata proses pemadaman api di dua bilik wad yang kosong tersebut mengambil masa selama 30 minit.
Norazam berkata, kebakaran melibatkan bilik Wad No A60 dan A61 keluasan 1.86 X 1.86 meter persegi.
“Jumlah mangsa yang dipindahkan seramai 30 orang melibatkan 12 orang perempuan, 16 lelaki, dua perempuan iaitu penjaga pesakit kanak-kanak serta 20 kakitangan hospital yang terlibat namun tidak ada mangsa yang tercedera.
“Proses pemadaman api di dua wad tersebut menjadi mudah kerana wad kosong jadi kami hanya mengambil masa selama 30 minit untuk memadam api di wad berkenaan,” katanya ketika di hubungi Bernama.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...