Sorting by

×

Ujian saringan COVID-19 tidak diwajibkan sebelum merentas negeri

Masa Membaca:46 Saat

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kerajaan menggalakkan bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan merentas negeri untuk menjalankan ujian saringan COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, kerajaan tidak mewajibkan individu melakukan sama ada ujian RT-PCR atau RTK-Antigen sebelum memulakan perjalanan.

Ujarnya, perkara itu digalakkan bertujuan menjamin keselamatan dengan mengekang penularan pandemik COVID-19.

ISMAIL Sabri.

“Ia adalah tanggungjawab kita bagi melindungi keluarga, apa salahnya untuk pastikan ibu bapa selamat dengan melakukan pemeriksaan agar kita tiada sebarang jangkitan.

“Ia digalakkan demi kepentingan keluarga, bila sudah buat pemeriksaan jadi kita sudah tahu keselamatan kita dan tidak perlu rungsing dengan jangkitan itu.

“Ujian ini adalah tindakan untuk melindungi diri, ia terserah kepada setiap individu kerana kita tidak mewajibkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

468
Kongsi :
Previous post Boleh rentas negeri mulai esok di seluruh negara- PM
Next post Gerakan sedia hadapi PRN Melaka
Ubah saiz-+=