Banjir kilat di persimpangan Cheng
CHENG 10 Okt. – Banjir kilat berikutan hujan lebat seawal 7 pagi tadi menyebabkan kawasan di persimpangan lampu isyarat Cheng di sini, dinaiki air sehingga satu meter.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) kira-kira jam 9 pagi tadi bagaimanapun mendapati banjir sudah surut dan kesan sampah sarap dan lumpur jelas kelihatan.
Penduduk Taman Bertam Jaya, Muhammad Sofiyuddin Mohd Ghazali,25, berkata kesan daripada banjir itu mengakibatkan lalu lintas di kawasan itu terganggu.
“Dalam masa jam sahaja, kawasan ini mula dinaiki air, malah kebanyakkan kenderaan yang melalui kawasan ini terpaksa berpatah balik.
“Kawasan ini kerap berlaku banjir berpunca daripada limpahan air dari bukit Cheng dan Cheng Jaya turun ke kawasan yang rendah,” katanya ketika ditemui MHI.
Ujarnya lagi, biarpun kerja-kerja pembesaran longkang telah dilakukan, namun situasi sama masih berulang.
“Saya minta supaya pihak kerajaan negeri mencari solusi selanjutnya bagi menyelesaikan masalah ini.
“Setelah banjir surut banyak sampah serta ranting pokok yang patah akan kelihatan di tepi jalan,” katanya.
Pihak MHI sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa tempatan berhubung banjir kilat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...
W.R.U.R JELMAKAN LEBIH 40 PENCAPAIAN UNTUK WARGA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penganjuran edisi pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...