Sorting by

×

PH akan fail semakan pembubaran DUN Melaka minggu depan

Masa Membaca:25 Saat

BUKIT BERUANG 8 Okt – Pakatan Harapan (PH) Melaka akan memfailkan tuntutan mahkamah berkaitan proklamasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), minggu hadapan.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, setakat ini pihaknya sedang dalam proses mengumpulkan maklumat dan dokumentasi bagi memfailkan permohonan semakan proses dan fakta keabsahan perkara berkenaan.

“Kita masih lagi dalam proses mengumpul material berkaitan dan Insya-Allah akan failkan kes itu minggu depan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

370
Kongsi :
Previous post Tiada tawaran dari Anwar sertai PKR – Idris
Next post PH belum terima sebarang panggilan Istana Melaka
Ubah saiz-+=