Sorting by

×

Tiada tawaran dari Anwar sertai PKR – Idris

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 7 Okt. – “Tiada (tawaran sertai PKR), kami cuma berbincang mengenai suasana semasa (politik Melaka),” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Utama Ir Idris Haron.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai sekeping gambarnya bersama tiga lagi ADUN blok pembangkang bertemu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang tular sejak petang tadi.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan adalah tiga lagi bekas ADUN iaitu Datuk Nor Azman Hassan, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Datuk Noor Effandi Ahmad.

Menurut Idris, pertemuan selama kira-kira 20 minit itu diadakan di sebuah hotel di sini malam Selasa lalu selepas Anwar bertemu dengan kepimpinan PH di Melaka.

“Datuk Seri Anwar datang pun untuk jumpa kepimpinan PH peringkat negeri Melaka dan kebetulan, dia nak jumpa kita empat orang, dia tak pernah jumpa itu sahajalah, kebetulan.

“Tiadalah (tawaran sertai PKR). Mana boleh tawar-tawar ramai ada dalam tu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini malam ini.

DUN Melaka dibubarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam pada 4 Oktober lalu susulan empat ADUN terbabit menyertai blok pembangkang menyebabkan kerajaan hilang majoriti kerusi.

Sebelum ini, Kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (BERSATU) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

974
Kongsi :
Previous post Menara komunikasi terbakar: Gangguan telekomunikasi di sekitar Sungai Udang
Next post PH akan fail semakan pembubaran DUN Melaka minggu depan
Ubah saiz-+=