“Tolong jangan ada gangguan dan patuh peraturan,” – Speaker DUN Melaka
AYER KEROH 23 Julai – “Tolong jangan ada gangguan dan patuh peraturan,” tegas speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas berlaku ketegangan dalam Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14, hari ini.
Ab Rauf berkata demikian ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rafiq Naizamohideen sesi ucapan penggulungan mendapat ‘gangguan’ daripada pihak pembakang.
Suasana menjadi lebih tegang dan beliau dilontarkan dengan perkataan pembelot apabila Rafiq mengatakan mereka tidak bersama Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat menolak PH.
Beliau turut memberi contoh beberapa Piliharan Raya Kecil (PRK) sebelum ini antaranya Cameron Highland, Pahang; Semenyeh, Selangor dan Rantau, Negeri Sembilan.
Situasi itu yang berlarutan beberapa minit turut membabitkan beberapa ADUN pembangkang termasuk Kota Laksamana, Gadek dan Ayer Keroh.
Beliau yang sebelum itu menjelaskan isu berkenaan tiga buah basikal yang didakwa dipakainya untuk kegunaan rasmi yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang supaya memulangkan semula kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN).
Views:
Related
Berita Lain
15,000 DIJANGKA ‘SERBU’ PANTAI TANJUNG BIDARA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Kira-kira 15,000 orang dijangka memeriahkan acara kemuncak Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan...
MELAKA SASAR 10 PERATUS MASYARAKAT SERTAI SRS
KUALA LINGGI 11 Januari - Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka menyasarkan 10 peratus masyarakat di negeri...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA ORANG ASLI
SUNGAI UDANG 11 Januari - Seramai 28 Tok Jekerah termasuk Tok Jenang dari perkampungan Orang Asli di kawasan Dewan Undangan...
SUKAN LAMBANG PERPADUAN ORANG MELAKA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri...
MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 11 Januari - Lebih 6,200 peserta akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan sukan iaitu Sukan Dua Jiwa Satu...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Januari - Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan...