Sorting by

×

15 bekas ADUN Melaka naik bas ke Istana Negara esok – Norhizam

Masa Membaca:50 Saat

PENGKALAN BATU 6 Okt. – Lima belas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dari blok pembangkang bercadang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, esok.

Perkara itu dimaklumkan bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kesemua mereka akan menaiki bas ke Istana Negara.

“Datuk Seri Utama Idris Haron telah mencadangkan kesemua kami 15 (bekas) ADUN untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan krisis ini (politik) pada keesokan hari dengan menaiki bas ke Istana Negara.

“Cadangan ini telah dipersetujui semua pihak dan esok kami akan bertolak ke Istana Negara,” katanya.

Beliau berkata, perjumpaan itu perlu dilakukan kerana mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mengadakan perbincangan.

Menurutnya, ia sama sekali berbeza dengan apa yang diamalkan dalam pentadbiran pusat oleh Yang di-Pertuan Agong yang akan mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

683
Kongsi :
Previous post UMNO bertemu DAP malam sebelum penarikan sokongan- Ab Rauf
Next post PRN Melaka: Perlu rujuk pakar terlebih dahulu-Hishammuddin
Ubah saiz-+=