
Radzi buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook dakwa tak amal penjarakan fizikal
Menurut Radzi menerusi akaun Facebooknya beliau dimaklumkan mengenai satu hantaran Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal.
Radzi memaklumkan setelah semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun bernama Yuseri Yusoff itu didapati palsu.
“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM (Sekolah Menengah) Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.
“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu. Tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat,” katanya dalam hantaran itu hari ini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...