Jangan harap ‘kekuatan luar’ – Tok Mat
MASJID TANAH 5 Okt. – UMNO diingatkan supaya tidak mengharapkan kekuatan dari luar, iaitu parti-parti lain untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Hassan berkata, untuk menang pilihan raya, UMNO harulah mencari kekuatan sendiri bermula dari sekarang.
Justeru, beliau meminta kesemua jentera parti bersiap sedia bermula sekarang untuk menghadapi PRN yang dijangka bakal berlangsung bila-bila masa 60 hari dari sekarang.
“Kita belum putuskan nak bekerjasama dengan siapa, tetapi apa yang penting saya katakan bahawa kita mesti bersiap sedia menyiapkan parti kerana kemungkinannya macam-macam.
“Jangan kita harap kekuatan dari luar untuk membantu kita menang, kita mesti bina kekuatan sendiri,” katanya ditemui menghadiri pertemuan bersama pimpinan Badan Perhubungan UMNO Melaka, di sini malam ini.
Mengulas mengenai pertemuan itu, Mohamad berkata, ia bukanlah mesyuarat atau taklimat tertentu sebaliknya, perjumpaan tersebut hanyalah untuk memberikan kata-kata semangat kepada anak buah.
Katanya, dalam pertemuan itu, beliau telah meminta kesemua jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk bergerak dan membuat persiapan kesiapsiagaan menghadapi PRN bermula esok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...