Sorting by

×

UMNO sudah keluarkan surat pelucutan keahlian Idris, Nor Azman

Masa Membaca:47 Saat

MASJID TANAH 5 Okt. – UMNO sudah mengeluarkan surat pelucutan keahlian terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang didapati melanggar perlembagaan sehingga mereka hilang keahlian secara automatik.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan menulis surat berkenaan kepada dua ADUN terbabit iaitu Datuk Seri Utama Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).

“Dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang telah kita luluskan awal tahun ini, telah kita buat, siapa-siapa yang berada di pentas atau mewakili parti-parti mana atau bertentangan dengan parti, maka dia terlucut keahlian dengan sendiri.

“Tak payah dipecat, tapi kita tulis surat mengatakan bahawa keahliannya terlucut dengan sendiri mengikut peraturan-peraturan dalam perlembagaan kita,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata demikian selepas memberikan kata-kata semangat kepada pimpinan Badan Perhubungan UMNO Melaka, di sini malam ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

931
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: Calon UMNO diputus menerusi rundingan
Next post Jangan harap ‘kekuatan luar’ – Tok Mat
Ubah saiz-+=