PRN Melaka: Calon UMNO diputus menerusi rundingan
MASJID TANAH 5 Okt. – UMNO setakat ini masih belum memutuskan sebarang calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon-calon PRN itu bagaimanapun akan ditentukan menerusi rundingan yang akan dijalankan bermula esok.
Katanya, rundingan itu akan bermula di peringkat bahagian sebelum diputuskan kepimpinan pusat.
“Pada akhirnya, rundingan yang berjalan di peringkat bahagian dan peringkat seterusnya ini akan diputuskan kepimpinan pusat kerana watikahnya akan disokong oleh Presiden parti.
“Buat masa ini calon belum ada kerana pada malam ini saya hanya berjumpa selaku Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia untuk memberi kata-kata semangat kepada ‘anak buah’ supaya bersiap sedia.
“Kita dah tak boleh pusing lagi kerana Dewan Undangan Negeri sudahpun dibubarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Biro Politik Enam Bahagian Negeri di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...