Pelancongan Melaka diteruskan – Saari

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 5 Okt. – Biarpun kemelut politik melanda Negeri Melaka, namun sektor pelancongan negeri perlu diteruskan dan bukannya menjadi medan pergolakan politik.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri Saari Basiron berkata, pergolakan itu tidak perlu dicampur adukkan dengan sektor pelancongan Melaka memandangkan negeri ini baharu kembali ‘bernafas’.

“Bagi saya ada kebaikan dan keburukan, kita kalau boleh mahukan satu situasi yang gerenti selamat juga, tapi kita tahu ada pergolakan politik dan sebagainya.

“Bagi saya kita jalan kerja macam biasa, kita memang mengharapkan orang datang Melaka, kalau boleh kita tak nak sentuh pasal politik,” katanya kepada MHI.

Katanya mengharapkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan kebenaran merentas negeri selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi yang lengkap dua dos.

“Sektor pelancongan berjalan seperti biasa dan kita harapkan rentas negeri akan diumumkan tidak lama lagi bila kita dah mencapai 90 peratus dewasa.

“Kita ini bersedia untuk menerima pelancong dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, tiada masalah untuk pelancong datang melancong ke Melaka selagi ikut SOP,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1058
Kongsi :
Previous post Idris terima ‘lamaran’ beberapa parti hari ini
Next post DUN bubar, pentadbiran negeri berjalan seperti biasa
Ubah saiz-+=