Sorting by

×

DUN Melaka bubar – Speaker

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 5 Okt – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pembubaran tersebut diumumkan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media khas di Seri Negeri, sebentar tadi.

Ab Rauf berkata, pembubaran tersebut adalah rentetan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kerajaan negeri yang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam.

“Susulan daripada perkara tersebut, Ketua Menteri Melaka telah mengutus surat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk memaklumkan bahawa empat orang Ahli Yang Berhormat tersebut telah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri seterusnya pada masa yang sama meminta perkenan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas.

“Sehubungan itu,  Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober 2021.

“Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas akan diwartakan pada hari ini (5 Okt),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

816
Kongsi :
Previous post Dua lagi ADUN UMNO Melaka akan tarik sokongan – Idris Haron
Next post Dulu barua, sekarang bermaruah – Norhizam
Ubah saiz-+=