Sorting by

×

Mohd Redzuan kunci mulut, enggan ulas kemelut politik di Melaka

Masa Membaca:41 Saat

AYER KEROH 5 Okt. – Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas situasi kemelut politik yang melanda Negeri Melaka.

Wartawan Melaka Hari Ini (MHI) yang cuba menghubunginya sebentar tidak mendapat sebarang maklum balas.

Namun sekadar reaksi untuk soalan wartawan, Mohd Redzuan menerusi aplikasi WhatsApp secara peribadi berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk mengulas berkenaan isu tersebut.

Terdahulu, kemelut politik di Negeri Melaka tercetus apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, semalam.

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post ADUN Pantai Kundor adakan sidang akhbar esok
Next post “Saya tak marah Sulaiman” – Idris Haron
Ubah saiz-+=