Capai 90 peratus: Rakyat ke luar negara tak perlu mohon MyTravelPass – PM
KUALA LUMPUR 3 Okt – Rakyat negara ini dibenarkan ke luar negara tanpa memohon MyTravelPass sebaik sahaja kadar vaksinasi dos lengkap penduduk dewasa di negara mencecah 90 peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu mungkin akan diberikan tidak lama lagi.
“Hari ini saya percaya dah 86, 87 peratus, sebab Rabu lepas 85.5 peratus. Saya percaya hari ini empat, lima hari akan bertambah lagi.
“Saya percaya masa untuk rentas negeri sudah hampir. Saya akan immediately umum kebenaran rentas negeri apabila sampai 90 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam siaran Eksklusif Bersama Perdana Menteri #KeluargaMalaysia yang disiarkan di televisyen malam ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”
KUALA TERENGGANU 17 November - Seorang wanita mengalami kerugian RM20,900 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam, selepas berkenalan...
BOMBA TERBANGKAN DRON KESAN LELAKI DIKHUATIRI LEMAS
ALOR GAJAH 17 November - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke Sungai...
POLIS RAMPAS 547 KAIN PASANG SELUDUP BERNILAI RM164,100
KOTA BHARU 17 November - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan penyeludupan 547 kain pasang yang mempunyai manik diseludup...
PENGURUS KILANG DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI PENGKALAN
ALOR GAJAH 17 November - Seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, ketika berhenti di...
BENZ CLA MALAYSIA PILIH ‘HEALING ‘ DI MELAKA
AYER KEROH 17 November - Lebih 161 ahli Benz CLA Malaysia (BCM) memilih Negeri Melaka sebagai destinasi untuk berkumpul dan...
POLIS TAHAN LELAKI WARGA ASING GADUH, KOREK MATA
TASEK GELUGOR 17 November - Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang...