Sulaiman santuni masyarakat Ayer Merbau

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BEMBAN 2 Okt. – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini mengadakan ziarah kasih ke Kampung Ayer Merbau, di sini.

Ziarah kasih itu bermula dengan Sulaiman bersama kariah menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al Marbawi dan mendengar kuliah Subuh yang dipimpin Ustaz Nasaruddin Abu Samah.

Selepas itu, beliau menyampaikan cenderahati kepada pegawai syarak dan asnaf masjid berkenaan.

Ziarah itu diteruskan dengan Sulaiman bersama-sama kariah dan pemimpin setempat bersarapan di Warung Sidah Rustam sebelum mengadakan lawatan ke Dewan Datuk Ibrahim Oxford yang memerlukan peruntukan baik pulih.

SULAIMAN mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al Marbawi, Ayer Merbau, Bemban pagi tadi.

Selepas itu, beliau mengadakan kunjungan kasih ke dua buah rumah pesakit terlantar di kawasan itu dan menyampaikan sumbangan.

Sesi ziarah itu berakhir dengan lawatan ke pondok Bustanul Ulum Abu Bakar yang turut memerlukan peruntukan membangunkan kawasan riadah dan telaga tiub.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad; ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan dan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman.

Ia turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin Datin Sapiah Haron dan kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

621
Kongsi :
Previous post Peruntukan RM15,000 wujud Briged Seni Dondang Sayang
Next post Belanjawan Melaka 2022 fokus ekonomi rakyat
Ubah saiz-+=