
BERSATU sokong Sulaiman sebagai KM Melaka
AYER KEROH 1 Okt – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini menyatakan sokongan parti kepada kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.
“…saya tetap dengan pendirian untuk menyokong YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga Pilihanraya Umum yang Ke-15 nanti.
“Saya berpendapat, segala fokus ketika ini harus tertumpu kepada usaha pemulihan negara dan Negeri Melaka.
“Terutama bagi pemulihan kesihatan dan ekonomi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook (FB) rasminya di sini malam ini.
Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput.
Beliau turut memegang jawatan sebagai Exco Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan negeri.
Kerajaan PN Melaka memegang 17 daripada 28 kerusi DUN.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...