
Pemandu syarikat penghantaran rentung lori terbakar selepas terbabas
JOHOR BAHRU 28 Sept. – Pemandu sebuah syarikat penghantaran maut selepas lori dipandunya terbabas, dipercayai cuba mengelak kon di tepi jalan lalu terbakar di Jalan Tasik Utara, Larkin, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Timbalan Penguasa Bomba 1 Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Mustaqim Ismandi berusia 23 tahun.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.46 pagi tadi sebelum menggerakkan 13 anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua lagi van syarikat penghantaran terbabit dalam perjalanan untuk menghantar barangan kepada pelanggan.
“Namun, lori dipandu mangsa terbabas ketika cuba mengelak kon yang berada di tepi jalan dan melanggar pokok di bahagian tengah jalan lalu terbakar.
“Orang awam cuba membantu mangsa, tetapi api marak dengan cepat,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Suhaimi berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Beliau pada masa sama menjelaskan dua lagi van syarikat penghantaran terbabit selamat dan tidak terlibat dalam kemalangan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...