
269,267 peniaga berdaftar direkodkan setakat 30 Jun
AYER KEROH 22 Julai – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan sejumlah 269,267 perniagaan berdaftar di negeri ini dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 setakat 30 Jun lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 9,416 perniagaan milikan tunggal direkodkan masih aktif manakala, sebanyak 47,268 jenis perniagaan perkongsian yang masih aktif.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pihak SSM tidak mengkategorikan pendaftaran itu sebagai kecil-kecilan (mikro), sederhana atau besar.
“Ini kerana semasa pendaftaran syarikat hanya menyatakan jenis perniagaan yang mereka akan jalankan sama ada secara pemilikan tunggal atau perkongsian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Gue Teck (DAP-Klebang) mengenai peniaga kecil yang berdaftar dengan SSM pada hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TIANG PINTAR’ MPAG CAKNA KESELAMATAN ORANG AWAM DI TAMAN REKREASI
ALOR GAJAH 28 Februari - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperkasakan lagi inisiatif pendigitalan dan mengaplikasikan teknologi pintar dengan memperkenalkan...
KAPAL TANGKI DITAHAN, BERSAUH TANPA KEBENARAN
KLEBANG 28 Februari - Sebuah kapal tangki ditahan selepas didapati bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan kira-kira 1.0 batu nautika barat...
PSMJ 2035 PACU MELAKA JADI NEGERI BERDAYA SAING
TELOK MAS 28 Februari - Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri perlu bersiap sedia untuk merealisasikan perancangan yang terangkum dalam...
TIGA FOKUS UTAMA PERKASA KEMAS MELAKA
TELOK MAS 27 FEBRUARI - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Melaka perlu memperkasakan gerak kerja berimpak tinggi bagi pembangunan masyarakat luar...
96 PERATUS PERANCANGAN FASA 1 PSMJ 2035 TERLAKSANA PADA 2024
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Sebanyak 96 peratus daripada keseluruhan perancangan Fasa 1 Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035...
TUJUH PENCAPAIAN UTAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Tujuh pencapaian utama berjaya diraih oleh Kerajaan Negeri Melaka hasil daripada pelbagai inisiatif baharu yang...