
Enam individu dikompaun rentas negeri melancong ke Pulau Redang
KUALA TERENGGANU 26 Sept – Seramai enam individu termasuk seorang wanita dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana merentas negeri untuk tujuan melancong ke Pulau Redang di Kuala Nerus.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kompaun terhadap individu berumur 32 hingga 47 tahun itu dikeluarkan melalui pemantauan Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan, selama dua hari bermula Jumaat lalu.
Rohaimi berkata, daripada enam individu itu, dua didapati merentas negeri dari Kuala Lumpur, dua dari Selangor dan masing-masing seorang dari Pulau Pinang dan Melaka.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP (Prosedur Operasi Standard) berlaku bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes jangkitan dan penularan COVID-19 di Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rohaimi berkata tindakan keras juga akan diambil terhadap mana-mana pengusaha resort yang mengabaikan SOP, termasuk membenarkan pelancong dari luar Terengganu menginap dengan tujuan melancong atau lalai dalam memastikan penginap premis mereka lengkap menerima vaksin COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...
DEWAN BELIA MELAKA, PENTAS BENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN
SERI NEGERI 18 April - Penubuhan Dewan Belia Negeri Melaka adalah langkah strategik yang penuh harapan dan mencerminkan kesungguhan Kerajaan...
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...