
Warga emas didakwa bakar rumah bapa teman wanita
AYER KEROH 24 Sept. – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan membakar rumah milik bapa teman wanitanya pada 17 September lalu.
Tertuduh, Lim Yeow Sin, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang dikatakan mempunyai masalah mental itu didakwa dengan niat melakukan khianat menggunakan api terhadap rumah kediaman bapa teman wanitanya, Lim Kim Soon sehingga menyebabkan kebinasaan dan kerugian lebih kurang RM80,000.
Perbuatan itu dilakukan di No. 8599, Jalan Manggis, Rumah Awam Bertam Malim, Melaka pada jam 5.20 petang, 17 September lalu.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari tidak mencadangkan sebarang jaminan sehingga tertuduh selesai pemeriksaan psikiatri di Hospital Tampoi, Johor mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Prosedur Jenayah.
Tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...