Melaka capai indikator beralih Fasa 3 esok atau lusa
SERI NEGERI 23 Sept – Melaka dijangka akan mencapai satu lagi indikator sebelum beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) esok atau lusa.
Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek) berkata, ia adalah indikator pesakit COVID-19 menerima rawatan di wad unit rawatan rapi (ICU) hospital.
“Alhamdulillah Melaka akan beralih ke Fasa 3 melalui tiga indikator dan dua indikator masih lagi tertangguh tapi menampakkan penurunan.
“Ia adalah indikator wad di ICU, semalam kita capai 54 peratus, kalau 50 peratus dah boleh beralih fasa. Insyaallah hari ini atau esok kita akan capai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaaan lisan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-14 hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Yusof (BN- Ayer Limau) mengenai kaedah terbaharu dan kesan penggunaan vaksin dalam kalangan masyarakat bagi membantu menurunkan kes COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...