
Bekas ASP direman kes terima rasuah bulanan
AYER KEROH 22 Sept. – Seorang bekas pegawai polis direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes menerima rasuah antara RM1,500 hingga RM2,200 setiap bulan bermula November 2019 hingga Mac lalu.
Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim membenarkan suspek direman sehingga 24 September ini selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan.
Mengikut laporan, suspek berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ketika berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka itu disyaki menerima wang suapan antara RM1,200 hingga RM2,200 daripada sebuah syarikat keselamatan, sebagai balasan membantu mendapatkan kerja kawalan keselamatan di sebuah syarikat pemaju.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 (C) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan dipenjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka berpakaian baju SPRM berwarna jingga kira-kira jam 8.30 pagi.
Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi turut mengesahkan penahanan suspek berusia 60 tahun itu ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada jam 8.05, malam semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...