Melaka peduli dengan garis kemiskinan baharu

Masa Membaca:35 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Kerajaan negeri mengambil maklum akan peningkatan angka garis kemiskinan Negeri Melaka daripada RM980 sebulan kepada RM2,208 sebulan.

Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri sentiasa mendengar denyut nadi dan mendahulukan kepentingan rakyat.

“Meskipun kadar kemiskinan mutlak di Melaka hanya 3.9 peratus lebih rendah berbanding kadar nasional, kerajaan negeri tetap laksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan sasar.

“Antaranya mengarahkan semua sektor untuk mengambil sekurang-kurangnya 30 peratus warga tempatan bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai Usul Terima Kasih Ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka ‘Mewajah Melaka Rumahku, Garis Akhir Yang Dituju’ pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.

Views:

429
Kongsi :
Previous post M-WEZ mercu tanda baharu ekonomi Melaka
Next post Mohon bina tangki air baharu SMK Lubok China
Ubah saiz-+=