Sorting by

×

‘Terima kasih frontliners, anda wira kami’ – TYT

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 20 Sept. – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan (frontliners) yang banyak menabur bakti sepanjang pandemik COVID-19 melanda.

Katanya, walaupun keselamatan diri menjadi taruhan, namun pengorbanan yang dilakukan barisan hadapan negara ini cukup dihargai.

“Saya mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas pengorbanan barisan frontliners yang tidak mengenal erti penat sehingga keselamatan diri menjadi taruhan demi kesihatan dan kepentingan rakyat.

“Sesungguhnya anda semua adalah wira kami dan wira negara,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini.

YANG di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berucap pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri hari ini. Foto: MR. Azli

Mengulas situasi semasa COVID-19 di negeri ini, Tun Mohd Ali menyifatkan ia masih berada pada tahap membimbangkan selepas mengambil kira saiz negeri dan bilangan penduduk yang rendah.

Beliau juga mengingatkan semua rakyat Melaka agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan meskipun Melaka sudah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jelasnya, ia penting dalam usaha memastikan usaha menangani wabak dapat dilakukan secara menyeluruh.

Pada masa sama, beliau juga menyeru rakyat negeri ini agar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha membentuk imuniti kelompok dan menggerakkan negara ke arah pemulihan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1120
Kongsi :
Previous post Warga emas tipu urus vaksinasi COVID -19
Next post Bekalan vaksin COVID-19 mencukupi bagi program dos ketiga, PICK remaja
Ubah saiz-+=