
78.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19
KUALA LUMPUR 19 Sept. – Seramai 18,295,014 individu atau 78.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.1 peratus atau 21,938,426 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 232,559 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 73,106 dos pertama dan 159,453 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,155,975 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...
JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
SUNGAI UDANG 12 April - Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW
JASIN 12 April - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan sepak takraw...
ASAHAN SEJAHTERA, APLIKASI PINTAR PACU TRANSFORMASI DIGITAL ORANG KAMPUNG
ASAHAN 12 April - Pelbagai isu dan masalah membabitkan masyarakat setempat telah berjaya diselesaikan menerusi aplikasi Asahan Sejahtera yang dibangunkan...
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...