Sultan Johor dan Perak bakal cemar duli ke bumi Melaka
AYER KEROH 21 Julai – Melaka bakal menerima kehadiran Sultan Perak dan Sultan Johor yang akan mencemar duli ke negeri ini dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan sendiri, Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali dalam ucapan terima kasihnya sempena persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri, sebentar tadi.
“Kerajaan Melaka juga menjunjung tinggi institusi Raja-Raja. Kita bersyukur kerana dalam waktu terdekat ini kita akan menerima keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ke bumi Melaka,” katanya.
Selain itu, Sulaiman turut menyampaikan perkhabaran bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan mencemar duli berangkat ke Melaka pada hujung tahun ini.
Views:
Related
Berita Lain
PENJAWAT AWAM DITAHAN SPRM DISYAKI TERIMA RASUAH RM6,000
PUTRAJAYA 25 November- Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada...
PEMANDU MABUK REMPUH SUAMI ISTERI HINGGA MAUT DIDAKWA ESOK
JOHOR BAHRU 25 November - Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan...
LELAKI TULAR ANIAYA KUCING DITAHAN
KUALA LUMPUR 25 November - Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap...
MBMB GUNA PERUNTUKAN DALAMAN BINA KOLAM TAKUNGAN SEMENTARA BUKIT RAMBAI
AYER KEROH 25 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyelaras dan membina kolam takungan sementara di Bukit Rambai...
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...
KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
ALOR GAJAH 25 November - Keberadaan atau 'omnipresence' jentera penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...