Sorting by

×

KJ ‘spot check’ Hospital Kajang

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KAJANG 18 Sept – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat lawatan mengejut atau ‘spot check’ selama kira-kira sejam di Hospital Kajang hari ini.

Insiden mengejut itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Nik Aminudin NSS yang memuji Khairy kerana membuat kejutan secara diam-diam pada hari Sabtu dengan ditemani seorang pegawai sahaja.

Nik Aminudin dalam statusnya yang turut berkongsi beberapa keping gambar mendakwa, hanya dengan cara itu barulah Menteri Kesihatan dapat gambaran sebenar di hospital berkenaan yang kebiasaannya tiada pengurusan tertinggi di hospital pada hujung minggu.

KJ buat lawatan mengejut ke Hospital Kajang
Khairy meluangkan masa selama kira-kira sejam mengadakan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang, tengah hari tadi. – Foto Facebook Nik Aminudin Nss

“Sempoi YB KJ, Menteri Kesihatan datang diam-diam je ke Hospital Kajang, bawa seorang pegawai, datang hari Sabtu.

“Weekend semua top management hospital tiada….sure pengarah hospital pun tak tau..Macam ni baru tahu keadaan sebenar Hospital Kajang, ok ke tidak.

“Harap Bajet 2022 dapat lebihla Hospital Kajang ya. Terbaik Chief Khairy Jamaluddin,” katanya dalam status Facebook.

Perkongsian Aminudin menjadi tular dan setakat jam 10 malam ini status itu mendapat 9, 300 reaksi, 627 komen dan dikongsi semula lebih 7, 200 kali.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengalu-alukan tindakan Khairy dan berharap menteri lain turut membuat perkara yang sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1495
Kongsi :
Previous post Kes sembuh tinggi melebihi kes baharu
Next post 78.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19
Ubah saiz-+=