
Mayat bayi ditemukan dalam tong kitar semula
KUALA LUMPUR 18 Sept – Mayat bayi ditemukan orang awam dalam tong kitar semula di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi, semalam.
BH Online melaporkan, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pekerja syarikat kitar semula yang menemui mayat bayi dalam plastik, pada jam 4.41 petang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan awal mendapati pekerja itu sedang mengumpul barang kitar semula ketika menemui bungkusan plastik berkenaan.
“Bungkusan yang berbau busuk itu kemudian dibuka yang membawa kepada penemuan mayat bayi dibalut dengan kain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Zaid berkata, mayat bayi itu dianggarkan seberat antara dua hingga tiga kilogram dan dipercayai meninggal dunia kurang daripada 36 jam.
“Mayat bayi yang masih tidak dipastikan jantinanya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...