
Tiada kematian baru di Melaka akibat COVID-19
AYER KEROH 17 Sept. – Tiada kes kematian membabitkan mangsa dijangkiti wabak COVID-19 yang direkodkan di Melaka, hari ini.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagaimanapun sebanyak 287 kes positif baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,524 kes.
“Daripada jumlah itu, 282 kes tempatan dan lima kes import b dengan pecahan mengikut daerah di Melaka Tengah sebanyak 137 kes, Jasin 55 kes dan Alor Gajah 95 kes.
“Ini menjadikan sebanyak 6,897 kes masih aktif yang mana 70 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 menggunakan bantuan alat pernafasan.
“Lima punca jangkitan utama bagi kes hari ini adalah 29 kes dari kluster kilang membabitkan 14 pekerja kilang dan 15 kontak keluarga.
“Manakala 128 kes lagi adalah kontak keluarga, enam kes tempat kerja bukan kilang dan 86 kes saringan bergejala,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Industri Jalan Usaha Tiga membabitkan tempat kerja.
“Kluster ini melibatkan sebuah kilang di kawasan perindustrian Ayer Keroh dengan  33 kes positif setakat ini.
“Punca jangkitan adalah sporadik dan telah
menular ke tempat kerja dan asrama pekerja,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
11 AGENSI AGAMA MELAKA BERGABUNG JAYAKAN SAMBUTAN HARI RAYA 24 APRIL INI
AYER KEROH 9 April - Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
MELAKA-GUANGXI JALIN KERJASAMA PELANCONGAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI
BANDARAYA MELAKA 9 April - Kerjasama dalam pelancongan, pendidikan dan pembangunan industri akan diberi tumpuan dalam memperkukuh kerjasama di antara...
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...
5 ANAK MELAKA TERIMA BIASISWA SAMBUNG PENGAJIAN DI CHINA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Seramai lima anak Melaka terpilih menerima biasiswa penuh daripada Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China bagi...
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...