‘Harap Melaka boleh rentas negeri’ – Peniaga

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

BANDA HILIR 14 Sept – Kira-kira 100 peniaga Medan Samudera, dekat sini, berharap Melaka diberikan kelonggaran bagi aktiviti merentas negeri menerusi inisiatif gelembung pelancongan seperti Pulau Langkawi, sekali gus memulihkan perniagaan mereka yang semakin merosot.

Peniaga Noor Syahirah Abdullah,25, berkata, biarpun Melaka sudah membenarkan aktiviti merentas daerah, namun mereka mengharapkan pelancong dari luar negeri.

NOOR Syahirah

“Walau apa pun kami peniaga Medan Semudera ucap terima kasih kepada kerajaan sebab bagi bantuan, tolong kita yang terkesan dengan wabak COVID-19 ini.

“Tapi kami harapkan kerajaan negeri dapat buka kembali sektor pelancongan di Melaka macam di Pulau Langkawi khususnya untuk pelancongan domestik.

“Ditambah pula saya niaga barang makanan seperti belacan, cencaluk banyak yang kena buang sebab tarikh dah luput, nak harapkan orang Melaka siapa yang nak singgah beli,” katanya yang menutup premis sejak Disember 2020.

MOHD Azzuwan.

Mohd Azzuwan Melan, 37, turut mengharapkan perkara yang sama supaya Negeri Melaka dapat dipercepatkan bagi aktiviti merentas negeri.

“Kalau boleh cepatlah rentas negeri sebab kita punya kedai pun dah lama tutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perniagaan memang teruk, biarpun dah boleh niaga tapi pelancong masih belum boleh datang, kita yang niaga kraftangan ini harap pelancong luar macam Selangor, Johor, Kelantan dan lain-lain.

“Kalau dulu sebelum PKP musim cuti sekolah memang meriah, jalan pun sesak sampai nak parkir kereta pun penuh,” katanya.

ERNIE

Sementara itu, Ernie Selamat,53, pula bersyukur jika Melaka diberi peluang aktiviti rentas negeri kerana mereka memerlukan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Cepatkan rentas negeri sebab kami dah bosan duduk rumah, inilah mata pencarian saya bila duduk rumah tiada pendapatan memang terkesan sangat.

“Ditambah pula niaga kuih-kuih, mana yang dah rosak kami kena buang dan kena cari modal nak mula niaga semula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

497
Kongsi :
Previous post Langkah ‘mengurung’ rakyat tidak lagi sesuai – Ismail Sabri
Next post Jangan berniaga kalau enggan divaksin – Norhizam
Ubah saiz-+=