
Ibu bapa boleh tidak hantar anak ke sekolah jika bimbangkan ancaman COVID-19
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah meskipun sesi bersemuka sekolah bermula pada 3 Oktober ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, berkata ketidakhadiran pelajar tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin tetapi ibu bapa perlu menulis surat kepada sekolah mengenai perkara itu.
Katanya, tidak akan ada surat amaran akan diberikan, tetapi ibu bapa hanya perlu menjelaskan mengenai ketidakhadiran itu.
“Perkara itu akan diguna pakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA NEGERI MEMBANGGAKAN TARIK PELABUR – PM
AYER KEROH 5 April - Keupayaan Melaka menarik pelaburan berteknologi tinggi seperti pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor mendapat...
PM SETUJU MELAKA LOKASI PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk memilih Melaka sebagai tuan rumah pelancaran Tahun...
PM ANWAR TIBA UNTUK BERAYA DENGAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tiba...
PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT FAKTOR MELAKA JADI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 5 April - Keunikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya, selain rakyatnya harmoni dan...
KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA BERMULA
AYER KEROH 5 April - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dibanjiri orang ramai seawal jam 8 pagi tadi bagi bersama-sama...
7,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN RIM
RIM 5 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba, malam...