Sorting by

×

Limpahan rezeki buat pengusaha nurseri

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

TANJUNG BIDARA, 12 Sept – Dua pengusaha nurseri pokok hiasan dan pokok bunga menikmati peningkatan pasaran berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang.

Jika pandemik COVID-19 menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan, lain halnya dengan Mohamad Idris, 32, dan rakan kongsi, Tee Hock Lai, 31, yang menikmati permintaan yang baik meskipun PKP masih belum ditamatkan sepenuhnya.

Mohamad berkata, PKP menyebabkan kebanyakan anggota komuniti sama ada di bandar atau luar bandar sekadar menghabiskan waktu di rumah berbanding sebelum pandemik itu melanda negara.

MOHAMAD

“Kebanyakan orang, terutama wanita mempunyai lebih banyak masa berada di rumah ketika PKP berbanding sebelum PKP kerana mereka lebih banyak menghabiskan waktu di tempat kerja.

“Luangan waktu itu digunakan mereka untuk menanam pokok hiasan dan pokok bunga sama ada di kaki lima rumah atau dalam rumah,” katanya ketika ditemui di nurserinya di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di sini, hari ini.

Mohamad yang mengusahakan tanaman cili padi bara dan cili hidup, menggabungkan kemahirannya dengan Hock Lai yang mahir dalam aspek landskap untuk mengusahakan nurseri berkenaan sejak Mac 2021.

HOCK Lai

Hock Lai berkata, PKP menyebabkan dia kehilangan pekerjaan di sebuah syarikat swasta dan mengambil keputusan untuk bergabung kemahiran dengan Mohamad sebagai usaha mencari rezeki.

“Tiada peluang pekerjaan semasa PKP dan saya mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Idris mengusahakan nurseri ini,” katanya.

Selepas lima bulan mengusahakan nurseri berkenaan dengan lebih 20 jenis pokok hiasan dan pokok bunga, permintaan terus meningkat, terutama bagi jenis pokok tertentu yang popular dalam kalangan peminat atau pencinta pokok berkenaan.

Antara yang mendapat permintaan tinggi ialah monstera, lidah buaya, duit-duit dan ros Jepun yang dijual pada harga antara RM25 hingga RM50, katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1462
Kongsi :
Previous post Annuar mahu KKMM jadi suara kerajaan, rasa nadi rakyat
Next post UTeM rangkul dua anugerah di NEA 2021
Ubah saiz-+=