Sorting by

×

Vaksinasi COVID-19 untuk remaja boleh diperluas ke negeri imuniti kelompok – Dr Adham

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KOTA BHARU 11 Sept – Suntikan vaksin COVID-19 terhadap remaja boleh diperluas ke negeri-negeri lain yang telah mencapai imuniti kelompok, kata Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata bagaimanapun tumpuan ketika ini diberikan untuk memastikan golongan dewasa divaksin terlebih dahulu menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pendirian kita di JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19) ialah (sebelum) suntikan kepada remaja, kita selesaikan dahulu PICK, kerana kita perlu capai imuniti kelompok dalam kalangan penduduk dewasa.

“Tetapi ada negeri-negeri tertentu yang boleh kita percepatkan kerana ada keperluan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Dr Adham berkata suntikan vaksin COVID-19 terhadap remaja menggunakan vaksin jenis Pfizer-BioNTech dibuat berdasarkan data klinikal yang selamat, berkesan dan berkualiti.

“Kita tumpukan kepada remaja bermula dengan golongan berumur 16 dan 17 tahun dan remaja yang ada komorbid,” katanya.

Ditanya mengenai suntikan dos ketiga vaksin penggalak, Dr Adham berkata beliau bersama-sama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang bertindak sebagai pengerusi bersama JKJAV akan membuat keputusan mengenai perkara itu.

Mengulas mengenai pembangunan vaksin sendiri, beliau berkata pihaknya sedang menyediakan pelan hala tuju dan mengumpul saintis di dalam dan luar negara bagi tujuan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

320
Kongsi :
Previous post Tak perlu layanan ‘kayangan’ di masjid – Ahmad Marzuk
Next post Kenaikan harga ayam: KPDNHEP cadang MOF beri subsidi
Ubah saiz-+=