Teks ucapan penuh TYT Melaka sempena pembukaan Persidangan Kedua Penggal Ketiga DUN Melaka Ke-14

Masa Membaca:20 Minit, 16 Saat

BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM,

ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN WASSOLAATU

WASSALAAMU ‘ALA ASYRAFIL ANBIYAAI WAL MURSALIIN,

WA’ALA AALIHI WA SOHBIHI AJMA’IIN.

RABBISH RAHLI SADRI, WAYASSIRLI AMRI, WAHLUL

UQDATAN MIN LISAANI, YAFQAHU QAULI.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA.

YANG AMAT BERHORMAT DATUK SULAIMAN MD. ALI,

KETUA MENTERI MELAKA.

YANG BERHORMAT DATUK SERI AB RAUF BIN YUSOH,

SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA.

YANG BERHORMAT DATUK SERI HASIM HASAN,

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA.

YANG BERHORMAT TUAN DAJI ADLY ZAHARI,

KETUA PEMBANGKANG.

YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT

KERAJAAN NEGERI,

YANG BERHORMAT AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI

SEKALIAN.

2 UCAPAN ALUAN & PENGHARGAAN

ALHAMDULILAH, SAYA MEMANJATKAN SETINGGI TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA, KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIA-NYA  KEPADA KITA SEMUA PADA HARI INI UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM PERASMIAN BAGI MESYUARAT KEDUA PEMBUKAAN PERSIDANGAN PENGGAL KETIGA, DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA YANG KEEMPAT BELAS.

PERTAMANYA SAYA MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN YANG AMAT  BERHORMAT DATUK SULAIMAN BIN MD ALI YANG TELAH MEMIKUL AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA SEJAK 9 MAC 2020 YANG LALU. SAYA MENARUH KEYAKINAN BAHAWA YAB KETUA MENTERI BERSAMA JENTERA PENTADBIRAN BELIAU AKAN TERUS BERUSAHA MEMIMPIN NEGERI MELAKA KE PERSADA KEJAYAAN YANG LEBIH TINGGI. PENGHARGAAN

SAYA MEWAKILI KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT MELAKA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DATUK SERI UTAMA DR MOHD KHALIL BIN YAAKOB, YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA KE-6 DAN YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATUK SERI UTAMA DATUK ZURINA BINTI KASSIM ATAS SEGALA HAL-HAL URUSAN KEPENTINGAN RAKYAT SELAMA TEMPOH YANG AMAT BERBAHAGIA TUN MENJADI YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA. SEGALA NASIHAT DAN PENDAPAT YANG AMAT BERBAHAGIA TUN ADALAH AMAT DIHARGAI OLEH KERAJAAN.

SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENDOAKAN SEMOGA TUN MOHD KHALIL SERTA TOH PUAN ZURINA SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT SERTA DIPANJANGKAN UMUR. TUN DAN TOH PUAN SENTIASA DI HATI SAYA DAN KELUARGA SAYA. SEKALI LAGI SAYA MENGUCAP SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA TUN YANG BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN NEGERI MELAKA SEPANJANG TUN MENJADI YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA SELAMA 4 PENGGAL.

DI KESEMPATAN INI JUGA SAYA TURUT MERAKAMKAN UCAPAN SYABAS DI ATAS PELANCARAN SLOGAN RASMI NEGERI IAITU; “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”.

SEHINGGA KINI, KEPESATAN PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA BERJALAN SEIRING DENGAN MELETAKKAN KEPENTINGAN RAKYAT KESELURUHANNYA SEBAGAI AGENDA UTAMA BAGI MEMASTIKAN RAKYAT MELAKA MENGECAPI KEMAKMURAN HIDUP. PADA HEMAT SAYA,  PEMILIHAN SLOGAN TERSEBUT ADALAH BERTEPATAN DAN MEMBAWA KESINAMBUNGAN DARIPADA HASRAT PEMIMPINPEMIMPIN TERDAHULU.

JUSTERU, SAYA MENYERU AGAR SEMUA PIHAK DAPAT BEKERJASAMA DAN BERGANDING BAHU DALAM MEREALISASIKAN VISI MENUJU NEGERI LESTARI DAN MENGGERAKKAN PELBAGAI INISIATIF BAHARU SELARI DENGAN MISI KERAJAAN NEGERI BERDASARKAN LIMA (5) TERAS; IAITU MELIPUTI TEKNOLOGI, ENTREPRENEURSHIP, REVOLUSI INDUSTRI DAN EKONOMI, ANTARABANGSA DAN SEJAHTERA. INSYAALLAH SAMA-SAMA KITA TERUS BERGERAK MAJU DAN MENCIPTA PELBAGAI PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN PADA MASA AKAN DATANG.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT,

SITUASI COVID-19 DI MELAKA

SECARA KESELURUHANNYA, NEGERI MELAKA MEREKODKAN SEJUMLAH 258 KES JANGKITAN DENGAN 2 KES AKTIF, 251 KES TELAH SEMBUH DAN JUMLAH KEMATIAN KEKAL 5 ORANG SAHAJA. DALAM USAHA UNTUK MEMERANGI DAN MENANGANI SITUASI GETIR INI, PETUGAS BARISAN HADAPAN NEGARA DI NEGERI MELAKA TERUTAMANYA PETUGAS KESIHATAN DI BAWAH JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM), ANGKATAN PERTAHANAN 5 AWAM MALAYSIA (APM), RELA DAN LAIN-LAIN AGENSI YANG TERLIBAT TELAH MEMPAMERKAN DEDIKASI TINGGI DAN BERSATU PADU MENGHADAPI SERANGAN WABAK COVID-19. SAYA MEWAKILI KERAJAAN NEGERI DAN SELURUH RAKYAT MELAKA MENGUCAPKAN SETINGGI–TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS PENGORBANAN MEREKA YANG TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI PENAT SEHINGGA KESELAMATAN DIRI MENJADI TARUHAN DEMI KESIHATAN DAN KEPENTINGAN RAKYAT. SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA ADALAH WIRA KAMI DAN WIRA NEGARA.

SAYA PERCAYA KEJAYAAN INI BERKAT HASIL KEPIMPINAN YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI MELAKA, DATUK SULAIMAN BIN MD ALI, BARISAN AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI, AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERTA JENTERA PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI YANG TELAH MENGGEMBLENG TENAGA BERSAMA DALAM MENANGANI PENULARAN WABAK COVID-19 DI NEGERI MELAKA. SEMUA PIHAK TELAH MELAKSANAKAN DAN MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TERBAIK DALAM MEMASTIKAN PERKHIDMATAN KERAJAAN NEGERI KHUSUSNYA DAPAT BERFUNGSI TANPA SEBARANG MASALAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERKUAT KUASA SEHINGGA KINI. OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MENYERU KEPADA SEMUA RAKYAT MELAKA UNTUK TERUS MENGEKALKAN AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN, PENJARAKAN SOSIAL DAN ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG  BETUL SUPAYA KITA DAPAT MEMUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19. PERKEMBANGAN EKONOMI SEMASA

SAYA MENGAMBIL MAKLUM BAHAWA PANDEMIK COVID-19 TELAH MEMBERI KESAN YANG MEMBIMBANGKAN TERHADAP PARADIGMA EKONOMI SECARA SIGNIFIKAN DI MANA IA TELAH MENGUBAH GAYA HIDUP GLOBAL DI SETIAP NEGARA MELALUI PELAKSANAAN KUARANTIN SERTA SEKATAN PERGERAKAN. EKONOMI MALAYSIA MENCATATKAN PERTUMBUHAN YANG SANGAT SEDERHANA PADA SUKU PERTAMA 2020 IAITU SEBANYAK 0.7% BERBANDING DENGAN ANGGARAN KADAR PADA TAHUN 2019 BERJUMLAH SEBANYAK 4.5% UNTUK TEMPOH YANG SAMA. SETERUSNYA, PROSPEK EKONOMI NEGARA DIJANGKA AKAN TERUS BERADA DALAM TRAJEKTORI PENGUNCUPAN DALAM BEBERAPA BULAN MENDATANG DENGAN JANGKAAN PERTUMBUHAN KDNK DI ANTARA -2.0% HINGGA 0.5% BAGI TAHUN 2020. WALAU BAGAIMANAPUN, KEGIATAN EKONOMI NEGARA HANYA AKAN BERANSUR PULIH PADA SEPARUH KEDUA TAHUN 2020 TERTAKLUK KEPADA PENAMATAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) SERTA HASIL SOKONGAN LANGKAH[1]LANGKAH FISKAL, MONETARI DAN KEWANGAN.

SEPERTI MANA UCAPAN SAYA PADA MAJLIS ANGKAT SUMPAH JAWATAN JUN LALU, TAHUN 2020 MEMBAWA PELBAGAI CABARAN DAN KETIDAKTENTUAN DI SELURUH DUNIA. SAYA MEMAHAMI BANYAK PIHAK DARIPADA INDUSTRI DAN PERNIAGAAN SEHINGGA KEPADA RAKYAT SENDIRI, SEMUA TERJEJAS SECARA LANGSUNG KERANA PANDEMIK INI. INISIATIF YANG DIPERKENALKAN DI PERINGKAT KERAJAAN PUSAT TERMASUK PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) DAN PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA) DIHARAP DAPAT MEMBANTU MELINDUNGI KEBAJIKAN RAKYAT, MENGURANGKAN BEBAN INDUSTRI, PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA SERTA MEMBANTU PELBAGAI SEKTOR DI NEGERI INI.

SAYA TURUT BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA WALAU PUN SUMBER KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TIDAK BESAR, TETAPI KERAJAAN NEGERI MELAKA TELAH SEDAYA UPAYA BERUSAHA DAN BERJAYA MENAWARKAN BEBERAPA SKIM BANTUAN KEPADA RAKYAT YANG MELIBATKAN BEBERAPA AGENSI TERMASUK MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM). KESEMUA INISIATIF BANTUAN INI MELIBATKAN IMPLIKASI KEWANGAN BERJUMLAH SEBANYAK RM28.17 JUTA. JUSTERU SAYA BERHARAP BANTUAN INI TELAH SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA RAKYAT DI NEGERI MELAKA.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT,

PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA

SEJARAH MENCATATKAN NEGERI MELAKA TELAH MERAIH BANYAK KEJAYAAN DAN MENEMPA NAMA DI DALAM NEGARA MAHUPUN DI PERSADA ANTARABANGSA TERMASUKLAH PENGISYTIHARAN SEBAGAI NEGERI MAJU PADA 20 OKTOBER 2010. SUDAH PASTINYA SAYA BERHARAP KERAJAAN NEGERI DAPAT MENERUSKAN RANCANGAN PEMBANGUNAN MELAKA YANG LESTARI YANG AKAN MENYUMBANG KEPADA PENJANAAN EKONOMI SETEMPAT DAN MEMBERI MANFAAT DAN KEUNTUNGAN KEPADA RAKYAT MELAKA.

SECARA GEOGRAPHICAL, BANDARAYA MELAKA MELIPUTI KAWASAN HERITAGE DAN BUFFER ZONE, KAWASAN PENTADBIRAN KERAJAAN DAN PERNIAGAAN SERTA KAWASAN MELAKA BAHARU DI TEMPAT TAMBAKAN LAUT. INGIN SAYA MELIHAT KAWASAN-KAWASAN SEKITAR DIBANGUNKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PEMBANGUNAN EKONOMI YANG AKAN MENYUMBANG KEPADA KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT MELALUI PENGGUNAAN SUMBER YANG CEKAP, SELAIN DARIPADA MEMASTIKAN PEMULIHARAAN TERHADAP ALAM SEKITAR.

PEMBANGUNAN LESTARI NEGERI MELAKA PERLU MENGAMBIL KIRA PELAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR YANG SISTEMATIK DAN REALISTIK; DI MANA IA AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI, LIVEABILITY DAN SUSTAINABILITY SESEBUAH KAWASAN. SAYA BERPANDANGAN BAHAWA PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN TERSEBUT PERLU DIPERTINGKATKAN KHUSUSNYA DARIPADA SEGI CONNECTIVITY SERTA ACCESSIBILITY ANTARA KAWASAN DI NEGERI INI.

TAHUN 2020 MERUPAKAN TAHUN TERAKHIR BAGI PELAKSANAAN RANCANGAN MALAYSIA KE-SEBELAS DAN PERMULAAN KEPADA PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA (5) TAHUN YANG KE-12 (RMKE-12) NEGARA. SAYA MENGAMBIL MAKLUM BAHAWA KERAJAAN NEGERI DALAM TINDAKAN MENYUSUN SEMULA HALATUJU PERANCANGAN PEMBANGUNAN NEGERI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN. KESEMUA PIHAK DI PERINGKAT KERAJAAN NEGERI DIHARAP DAPAT MENJALINKAN HUBUNGAN KERJASAMA YANG KUKUH BERSAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DALAM MEREBUT PELUANG YANG TERSEDIA INI BAGI MERANGKA PEMBANGUNAN YANG BERSESUAIAN UNTUK DILAKSANAKAN DI NEGERI MELAKA.

SAYA MENYIFATKAN SESEBUAH PERANCANGAN PEMBANGUNAN NEGERI ITU PERLULAH DIBUAT SECARA INKLUSIF; TANPA SEBARANG SEKTOR MAHUPUN KUMPULAN YANG KECICIRAN DARIPADA PELAN INI. KERAJAAN NEGERI BUKAN SAHAJA BERTANGGUNGJAWAB MENYEDIAKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN YANG BERKUALITI, BAHKAN MENYEDIAKAN RUANG UNTUK RAKYAT MELAKA MENDAPATKAN PELUANG PENDIDIKAN. JUSTERU, SAYA AMAT MENYOKONG USAHA-USAHA KERAJAAN NEGERI KE ARAH PEMBERDAYAAN MODAL INSAN DALAM PELBAGAI PERINGKAT MELIPUTI SEKOLAH, VOKASIONAL HINGGALAH KE PERINGKAT PENDIDIKAN TINGGI TERMASUK DALAM BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN.

MELAKA PERLU MENJADIKAN PENDIDIKAN SEBAGAI SUMBER YANG MENGGERAKKAN MASYARAKAT YANG BERDAYA SAING. PERBELANJAAN DALAM PENDIDIKAN ADALAH SEBAGAI PELABURAN SUMBER DAYA MANUSIA DAN TANGGUNGJAWAB MORAL. HASILNYA, NEGERI MELAKA AKAN MAMPU MENYEDIAKAN TENAGA KERJA YANG DIUPAYAKAN DENGAN KEMAHIRAN SOFT SKILLS DAN KAPASITI INTELEK UNTUK BERDEPAN DENGAN CABARAN DALAM PASARAN PADA MASA HADAPAN.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT,

PELABURAN

MELIHAT KEPADA KEDUDUKAN NEGERI MELAKA YANG STRATEGIK DAN KOS MENJALANKAN PERNIAGAAN YANG RELATIF LEBIH MURAH DARIPADA NEGERI LAIN, KITA MEMPUNYAI DAYA PENARIK UNTUK MEMIKAT PARA PELABUR. SAYA BERHARAP KERAJAAN NEGERI AKAN BEKERJASAMA RAPAT DENGAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA) DAN AGENSI KERAJAAN YANG BERKAITAN BAGI MENGGALAKKAN KEMASUKAN PELABURAN ASING DAN DOMESTIK. MEMANDANGKAN PERSEKITARAN LUARAN SEMASA YANG MENCABAR DAN PENDEKATAN PERNIAGAAN SEPERTI BIASA TIDAK DAPAT DIPRAKTIKKAN, INI MERUPAKAN PELUANG SESUAI BAGI NEGARA DAN MELAKA KHUSUSNYA UNTUK MEMBERI PENUMPUAN UNTUK MEMBAWA MASUK PELABURAN YANG BERNILAI TAMBAH YANG TINGGI, DI SAMPING MENDORONG LEBIH BANYAK PERNIAGAAN TEMPATAN MELABUR DALAM INDUSTRI BERPOTENSI TINGGI SEPERTI AKTIVITI BERKAITAN ICT.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT (INDUSTRI 4.0) MENCAKUPI PENEMUAN PELBAGAI TEKNOLOGI BAHARU YANG KOMPLEKS SEPERTI AUTOMASI, INTERNET OF THINGS (IOT), BIGDATA, ADVANCE ANALYTICS DAN PENGGUNAAN ROBOTIK DILIHAT BERUPAYA MEMACU PERTUMBUHAN PERNIAGAAN DAN MENAMBAH BAIK INDUSTRI DI MALAYSIA. SELAIN ITU, USAHA PERLUASAN RANGKAIAN JALUR LEBAR BAGI CAPAIAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI YANG SEMAKIN BERTAMBAH BAIK DAN INDEKS TEMPOH PURATA GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (SAIDI) YANG LEBIH RENDAH MENJADIKAN MELAKA SETARAF DENGAN BANDARAYA BESAR DUNIA.

KERAJAAN NEGERI MESTI MENGAMBIL PELUANG YANG LUAS TERBUKA INI SUPAYA MELAKA MENJADI DESTINASI PILIHAN PELABURAN. SEWAJARNYA PELAKSANAAN INI HARUS BERJALAN SEIRING DENGAN TINDAKAN DI PERINGKAT KERAJAAN NEGERI SEPERTI

BERIKUT :

CADANGAN MENAIKTARAF ATAU MEWUJUDKAN KAWASAN INDUSTRI MAHUPUN KOMERSIAL

DENGAN KETERSEDIAAN INFRASTRUKTUR, RANGKAIAN SISTEM KOMUNIKASI DAN UTILITI YANG BERKUALITI; PIHAK BERKEPENTINGAN MELAKSANAKAN PROSES REKAYASA SEMULA DALAM ASPEK

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH CEKAP DAN MEMUDAHCARA URUSAN BAKAL

PELABUR SUPAYA MUDAH UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN (EASE OF DOING BUSINESS) DAN

MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN PELABURAN; III. PELAKSANAAN MEKANISME FAST-TRACK OLEH

AGENSI KERAJAAN BERKAITAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES KELULUSAN BAGI PROJEK PELABURAN YANG BERKUALITI DAN BERIMPAK TINGGI; DAN MEMPERGIATKAN USAHA UNTUK MEWUJUDKAN KORIDOR EKONOMI KHAS BAGI NEGERI MELAKA YANG BAKAL MENJADIKAN MELAKA SEBAGAI SALAH SATU HUB KEWANGAN BAHARU NEGARA. 14

SAYA BERHARAP HASRAT MEMBANGUNKAN PUSAT DATA DARIPADA SYARIKAT GERGASI DUNIA DI NEGERI MELAKA AKAN MENJADI SUATU KENYATAAN KELAK. BIDANG TEKNOLOGI

NEGERI MELAKA PERLU MENGAMBIL PERHATIAN SERIUS DAN MELETAKKAN SASARAN PENGEMBANGAN TEKNOLOGI SEBAGAI AGENDA MASA KINI DAN AKAN DATANG. BAGI MEMBOLEHKAN TEKNOLOGI DALAM NEGERI BERKEMBANG, MAKA PERLU DIWUJUDKAN MEKANISME PEMINDAHAN TEKNOLOGI DENGAN MEMILIH TEKNOLOGI TERTENTU YANG PENTING.

SELAIN ITU, MELALUI USAHA YANG MEMFOKUS KEPADA AGENDA PEMERKASAAN TEKNOLOGI YANG DIPERLUKAN MASA KINI, MAKA DIJANGKAKAN JUGA MUTU DAN KUALITI PERKHIDMATAN DALAM BIDANG INI AKAN DIPERTINGKATKAN. USAHA INI JUGA AKAN DAPAT MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN BAHARU YANG BERSIFAT TECHNOLOGY DRIVEN YANG AKAN MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT.

KERAJAAN NEGERI JUGA DISARANKAN UNTUK MENGGIATKAN SEMULA BIDANG PERUSAHAAN BIOTEKNOLOGI SEBAGAI SUATU FOKUS BAHARU NEGERI. BIDANG TEKNOLOGI BIO INI ADALAH SUATU BIDANG YANG AMAT LUAS UNTUK DIPELOPORI DAN BERPOTENSI SEBAGAI ENJIN PERTUMBUHAN BAGI NEGERI DAN JUGA NEGARA. 26. PERBADANAN BIOTEKNOLOGI NEGERI MELAKA HARUS MEMPUNYAI AZAM DAN CITA-CITA YANG JELAS BAGI MEMBAWA BIDANG BIO TEKNOLOGI NEGERI MELAKA KE PERINGKAT YANG TINGGI. IA SEHARUSNYA BERUPAYA UNTUK MENJADI SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN, PUSAT PERKEMBANGAN ILMU DAN PUSAT RUJUKAN. DARI SINI BANYAK TEKNOLOGI BAHARU YANG BOLEH DIKOMERSIALKAN YANG DAPAT MEMBANTU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI YANG BERTERASKAN INOVASI.

BEGITU JUGA DENGAN APLIKASI TEKNOLOGI PINTAR DAN HIJAU DALAM MENYELESAIKAN ISU SEHARIAN DI NEGERI MELAKA KHUSUSNYA BERKAITAN KESESAKAN LALU-LINTAS, LAMPU ISYARAT, PARKIR KENDERAAN, CCTV BAGI TUJUAN BANDAR SELAMAT DAN CAPAIAN KUALITI RANGKAIAN INTERNET. KERAJAAN NEGERI JUGA HENDAKLAH MEMASTIKAN PERANCANGAN ENAM (6) KOMPONEN SEPERTI YANG TELAH DIGARISKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN HIJAU DAPAT DILAKSANAKAN SELARAS DENGAN HASRAT KERAJAAN UNTUK MENCAPAI PEMBANGUNAN LESTARI.

SAYA FAHAM BAHAWA UNTUK KERAJAAN MENYELESAIKAN ISU RAKYAT MELALUI PENGGUNAAN APLIKASI MUNGKIN ADALAH DILUAR KEMAMPUAN DISEBABKAN KEKANGAN KEWANGAN. OLEH ITU, KERAJAAN NEGERI ADALAH DISARAN SUPAYA DAPAT MENELITI MODEL PEMBIAYAAN MELALUI KERJASAMA DI ANTARA KERAJAAN DAN SWASTA DALAM USAHA UNTUK MEMPERCEPATKAN ADOPTION OF TECHNOLOGY DI NEGERI MELAKA.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT,

PELANCONGAN DAN WARISAN DUNIA

SABAN TAHUN NEGERI MELAKA MASIH MENJADI DESTINASI PILIHAN RAMAI PELANCONG DARI SELURUH PELOSOK NEGARA HASIL DARIPADA USAHA PROMOSI YANG BERTERUSAN OLEH KERAJAAN NEGERI. SAYA DIFAHAMKAN NEGERI MELAKA TELAH MEREKODKAN JUMLAH KEDATANGAN PELANCONG SERAMAI 18.7 JUTA PELANCONG PADA TAHUN 2019 BERBANDING 17.02 JUTA PELANCONG PADA TAHUN 2018. SESUNGGUHNYA SEKTOR PELANCONGAN ADALAH ANTARA SEKTOR YANG TERJEJAS TERUK AKIBAT PENULARAN COVID-19 INI SEHINGGA MENGAKIBATKAN PEMBATALAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020. NAMUN SAYA PERCAYA KERAJAAN NEGERI BOLEH MEMBERI FOKUS PADA WAKTU INI KEPADA PELANCONGAN DOMESTIK; DI MANA KATEGORI PELANCONG INI MENYUMBANG KEPADA 69.6% DATA PELANCONG NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2019.

SEBAGAI SEBUAH NEGERI PELANCONGAN YANG KAYA DENGAN ELEMEN KEBUDAYAAN DAN SEJARAH, KERAJAAN NEGERI MELAKA DIHARAP TERUS KOMITED DALAM MERANCAKKAN SEKTOR INI DENGAN MEMASTIKAN PRODUK PELANCONGAN SEDIA ADA YANG TERDIRI DARIPADA SEJARAH DAN BUDAYA, REKREASI, PENDIDIKAN, SUKAN, KESIHATAN, KONVENSYEN, MAKANAN, PUSAT MEMBELI BELAH, AGRO, PELANCONGAN PAMERAN DAN LAIN-LAIN SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BAIK. DI SAMPING ITU, USAHA BERTERUSAN ADALAH PERLU UNTUK MENAMBAH KEPELBAGAIAN PRODUK PELANCONGAN BAHARU UNTUK MENARIK KEDATANGAN PELANCONG. KECEMERLANGAN NEGERI MELAKA DALAM MENGANJURKAN PELBAGAI PROGRAM DAN ACARA YANG MEMPAMERKAN KEKAYAAN BUDAYA DI NEGERI MELAKA WAJAR DITERUSKAN. KERAJAAN NEGERI DICADANGKAN UNTUK MENERUSKAN PELBAGAI PROGRAM PELANCONGAN PAMERAN SEPERTI FESTIVAL FLORA, FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA, FESTIVAL PENERBANGAN DAN LAIN-LAIN. SELAIN ITU, KERAJAAN NEGERI BERSAMA PEMAIN-PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN BOLEH BEKERJASAMA UNTUK MERANGKA PELAN YANG KOMPREHENSIF UNTUK MEMPROMOSIKAN MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN YANG TERUNGGUL.

BARU-BARU INI PADA 7 JULAI 2020, KITA TELAH MERAIKAN HARI ULANG TAHUN KE-12 PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA (UNESCO). STATUS YANG DITERIMA INI SEKALIGUS MENJADIKAN MELAKA SEBAGAI PUSAT TARIKAN PELANCONG DENGAN MEMELIHARA KEUNIKAN SENI BUDAYA DAN WARISAN. KEUNIKAN IDENTITI INI SEWAJARNYA DIGUNAKAN UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI PELANCONG. SAYA JUGA BERASA GEMBIRA DI ATAS KESUNGGUHAN KERAJAAN UNTUK

MENYUSUN SEMUA TEMPAT PELANCONGAN TRADISIONAL SUPAYA TURUT MENDAPAT TEMPAT DALAM KALANGAN PELANCONG.

SELAIN MEMBERIKAN FOKUS KEPADA TANGIBLE HERITAGE, KERAJAAN JUGA SEHARUSNYA MEMBERI PENEKANAN KEPADA KHAZANAH NEGERI BERKAITAN INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE SEPERTI DONDANG SAYANG YANG TELAH DIIKTIRAF PADA NOVEMBER 2018 DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SILAT PADA DISEMBER 2019. PENGIKTIRAFAN SEUMPAMA INI MEMBERIKAN KELEBIHAN DARI SEGI PERLINDUNGAN, PROMOSI DAN PELUANG MENGETENGAHKAN IDENTITI MELAKA DI PERINGKAT ANTARABANGSA. SECARA TIDAK LANGSUNG, IA DAPAT MENARIK POTENSI KEDATANGAN PELANCONG YANG INGIN MELIHAT PERSEMBAHAN INI DENGAN LEBIH DEKAT. SEBAGAI RAKYAT MELAKA, KITA SEHARUSNYA BERBANGGA DAN MEMASTIKAN WARISAN INI TERUS TERPELIHARA UNTUK DINIKMATI OLEH GENERASI AKAN DATANG.

DALAM KEGHAIRAHAN KITA MENARIK KEDATANGAN PELANCONG KE NEGERI MELAKA, ADALAH DISARANKAN AGAR PIHAK BERKEPENTINGAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN BERKAITAN MENGGUNAKAN PELUANG YANG ADA KINI UNTUK MENAMBAHBAIK KUALITI DAN IMEJ NEGERI MELAKA SEBAGAI NEGERI YANG PALING BERSIH, PALING SELAMAT DAN MEMPUNYAI LANDSKAP YANG PALING INDAH UNTUK DIKUNJUNGI DISAMPING MENINGKATKAN KUALITI PRODUK PELANCONGAN YANG DITAWARKAN.

TANDAS AWAM MESTILAH SENTIASA BERSIH, LONGKANG TIDAK ADA YANG TERSUMBAT, RUMPUT JANGAN DIBIARKAN PANJANG, PASTIKAN TIADA JUGA SAMPAH DI SEPANJANG JALAN.

SELAIN ITU, PASTIKAN TIADA AIR BERTAKUNG DI DALAM DAN LUAR RUMAH BAGI MENGELAKKAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI KEDIAMAN KITA SEMUA. REKOD MENUNJUKKAN TERDAPAT PENINGKATAN KES DENGGI SEBANYAK 20.2 % DI NEGERI MELAKA.

SEBAGAI SALAH SEORANG RAKYAT NEGERI MELAKA, SAYA AMAT BERBANGGA APABILA DUA (2) PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MELAKA IAITU MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB) DAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN (MPJ) TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019. ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN INI SEKALIGUS MENGGAMBARKAN TAHAP KEGEMBIRAAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT NEGERI MELAKA DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN PBT BERKAITAN. DIHARAPKAN PBT YANG LAIN AKAN TURUT BERSAMA-SAMA MENCAPAI TAHAP TERSEBUT PADA MASA HADAPAN. SAYA MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG TINGGI BAHAWA NEGERI MELAKA DAPAT MENEMPA NAMA BERSAMA BANDAR-BANDAR DI LUAR NEGARA SEBAGAI STATUS NEGERI PALING BAHAGIA KELAK. LALUAN DARAT, UDARA DAN LAUT

PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR SEPERTI JALINAN HUBUNGAN LALUAN DARAT, UDARA DAN LAUT PERLU DIBERI PENUMPUAN MEMANDANGKAN NEGERI MELAKA TELAH MENJADI FOKUS PELANCONG DAN PELABUR LUAR. KERAJAAN NEGERI SEDANG MENGUSAHAKAN KEPERLUAN INI DAN DENGAN MEWUJUDKAN SISTEM RANGKAIAN HUBUNGAN YANG BERKUALITI DAN SELESA KEPADA RAKYAT IANYA DAPAT MENYOKONG PERTUMBUHAN FIZIKAL YANG LEBIH PESAT DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN, PERKHIDMATAN DAN PELANCONGAN.

BAGI MENINGKATKAN LAGI KEDATANGAN PELABUR DAN PELANCONG, SAYA BERHARAP KERAJAAN PERSEKUTUAN DAPAT MEMBANTU KERAJAAN NEGERI MEMBESAR DAN MEMANJANGKAN JALAN RAYA, PELABUHAN DAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA. KERAJAAN NEGERI JUGA BAKAL MENERIMA LIMPAHAN EKONOMI HASIL DARIPADA CADANGAN PEMBANGUNAN HIGH-SPEED RAIL (HSR) YANG AKAN MENEMPATKAN SALAH SATU STESEN DI BANDAR HIJAU MELAKA.

20 AHLI-AHLI YANG BERHORMAT,

PERTANIAN

SUNGGUHPUN SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN MERUPAKAN PENYUMBANG UTAMA KEPADA KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK) MELAKA, SEKTOR PERTANIAN JUGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI INI. SAYA MENYAMBUT BAIK SOKONGAN DI PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG MENEROKAI PELUANG MEMODENISASIKAN SEKTOR PERTANIAN SEBAGAI USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN SEKTOR INI SECARA LESTARI. BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI HASIL TANAMAN, TERNAKAN DAN PERIKANAN YANG BERKUALITI SERTA JAMINAN SEKURITI MAKANAN DALAM NEGERI, PENEKANAN TERHADAP AUTOMASI DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN SEPERTI INTERNET OF THINGS (IOT) PERLUDIPERTINGKATKAN DAN SETERUSNYA MENJADI AMALAN PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN.

SAYA BERHARAP DALAM MASA BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG, NEGERI MELAKA DAPAT MENJADI NEGERI YANG KOMPETEN DALAM PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DAN KOMODITI PERTANIAN BOLEH MENCAPAI 100% TAHAP SARA DIRI (SELF SUFFICIENCY LEVEL) MELALUI PENDEKATAN DAN POLISI AGROMAKANAN YANG BERSIFAT MARKET–DRIVEN. SEKTOR PERTANIAN MEMPUNYAI SIGNIFIKAN YANG AMAT PENTING KEPADA NEGERI MELAKA KERANA IA ADALAH JAMINAN BEKALAN MAKANAN DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INI SEKALIGUS DAPAT MENGAWAL HARGA BEKALAN MAKANAN BAGI MANFAAT RAKYAT MELAKA KHUSUSNYA DAN MALAYSIA AMNYA.

KITA HENDAKLAH MEMBERI PERHATIAN BERHUBUNG KECUKUPAN BEKALAN MAKANAN DALAM NEGERI DAN MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA IMPORT. RAKYAT MELAKA PERLU DIBIMBING DAN DIBERI GALAKAN UNTUK MENCEBURI INDUSTRI PERTANIAN SEBAGAI PETANI MODEN DAN BERTEKNOLOGI, SEKALIGUS MENJADIKANNYA SEBAGAI SATU SUMBER PENDAPATAN YANG MAMPAN DAN KUKUH SERTA MENGUNTUNGKAN. SATU HARI NANTI MUNGKIN MELAKA BERKEUPAYAAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK PERTANIAN NEGERI DENGAN NILAI TAMBAH YANG TINGGI DAN DIKOMERSIALKAN KE PASARAN EKSPORT SELAIN MEMPERGIATKAN DAN MENEROKA PELUANG INDUSTRI HALAL. INDUSTRI HALAL DUNIA TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN SETIAP TAHUN DAN DIJANGKA MENCAPAI USD3.2 TRILION PADA TAHUN 2020 DAN USD4.6 TRILION PADA TAHUN 2025. BAGI SKOP PASARAN INDUSTRI HALAL MALAYSIA PULA, NILAI PASARAN PADA TAHUN 2018 ADALAH SEBANYAK USD76.6 BILION DENGAN JANGKAAN PERTUMBUHAN KEPADA USD147.4 BILION PADA TAHUN 2025.

KEMISKINAN ISI RUMAH

HASIL PENEMUAN LAPORAN SURVEI PENDAPATAN ISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS TAHUN 2019, MELAKA MENCATATKAN SEBANYAK 227,900 ISI RUMAH DENGAN PURATA SAIZ ISI RUMAH SERAMAI 3.9 ORANG; BERSAMAAN PURATA SAIZ DI PERINGKAT NASIONAL. DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, SEBANYAK 3.9% ISI RUMAH DI NEGERI MELAKA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MISKIN MUTLAK PADA TAHUN 2019 BERBANDING 2.6% PADA TAHUN 2016; DI MANA PENDAPATAN KESELURUHAN ISI RUMAH BERADA DI BAWAH PARAS GARIS KEMISKINAN (PGK).

BERSESUAIAN DENGAN TAKRIFAN SEMULA PARAS GARIS KEMISKINAN (PGK) NASIONAL DARIPADA RM980.00 SEBULAN KEPADA RM2,208.00 SEBULAN BAGI SATU ISI RUMAH, KERAJAAN NEGERI PERLU MERANCANG SEMULA PROGRAM SEDIA ADA YANG LEBIH SESUAI, DINAMIK DAN PRAGMATIK UNTUK SETIAP KUMPULAN SASAR SERTA LANGKAH-LANGKAH BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT MELAKA. MENYANTUNI ISU-ISU RAKYAT

SAYA AMAT PRIHATIN TERHADAP DENYUT NADI DAN LUAHAN HATI RAKYAT KE ATAS BEBERAPA PERKARA YANG DIBANGKITKAN. UMUM MENGETAHUI BAHAWA BANJIR, BEKALAN AIR DAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL ADALAH ISU YANG SERING DIALAMI OLEH RAKYAT MELAKA DAN MENDAPAT PERHATIAN TERATAS. JUSTERU, SAYA OPTIMIS TERHADAP PELBAGAI USAHA PROAKTIF YANG SEDANG DAN AKAN DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DALAM MENGATASI MASALAH INI MELALUI PENDEKATAN JANGKA PENDEK MAHUPUN JANGKA PANJANG. SAYA TURUT BERHASRAT MEMBERI PANDANGAN SUPAYA USAHA INI TIDAK TERHAD KEPADA PENYELESAIAN MENERUSI PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN SAHAJA. SEBALIKNYA PERLU SEIRING DENGAN LANGKAH-LANGKAH MITIGASI DAN PENCEGAHAN. SEBAGAI CONTOH, BAGI ISU BANJIR, AGENSI BERKAITAN PERLU MEMASTIKAN PENYELENGGARAAN BERKALA DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL SELAIN DARIPADA MENGKAJI KESESUAIAN SPESIFIKASI PARIT ATAU LONGKANG DI SESUATU KAWASAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERANCANGAN PEMBANGUNAN SECARA HOLISTIK.

SALAH SATU SASARAN YANG DIGARISKAN DALAM MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS) ADALAH MEMASTIKAN SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI AKSES KEPADA AIR BERSIH PADA TAHUN 2030. WALAU PUN 100% RAKYAT MELAKA TELAH MENDAPAT KEMUDAHAN AIR PAIP DI RUMAH, NAMUN KITA MASIH BERHADAPAN SITUASI KRISIS AIR SABAN TAHUN SEHINGGA MENJEJASKAN AKTIVITI KEHIDUPAN SEHARIAN. SELAIN DARIPADA CADANGAN PEMBINAAN EMPANGAN JERNIH, PROJEK TAKUNGAN AIR PINGGIRAN SUNGAI (TAPS) MELAKA TASIK BIRU SERTA MENDAPATKAN BANTUAN SUMBER AIR TERAWAT DARIPADA NEGERI JIRAN, SAYA MENYERU SUPAYA SEMUA PIHAK DARIPADA AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN RAKYAT MELAKA SENDIRI SAMASAMA BERGANDING BAHU BAGI MEMASTIKAN PENGURUSAN SUMBER AIR SECARA LEBIH BERKESAN. SEBAGAI CONTOH, PELAKSANAAN PRINSIP 3R-REDUCE, REUSE AND RECYCLE DALAM PEMULIHARAAN AIR DAPAT MENCEGAH PENGGUNAAN AIR YANG TIDAK TERKAWAL KERANA PEMBAZIRAN YANG BERLAKU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGURANGAN RIZAB AIR DI NEGERI INI.

DARI SUDUT PENGURUSAN SISA PEPEJAL PULA, SAYA BERHARAP PEMBINAAN LOJI WASTE TO ENERGY DAPAT DISEGERAKAN MENGGANTIKAN CARA MASA KINI IAITU MELALUI KAEDAH KAMBUS TANAH BERSERTA RAWATAN AIR LEACHATE DENGAN BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN. PENDEKATAN INI SEKALIGUS DAPAT MENGHASILKAN TENAGA UNTUK DIGUNA SEMULA SEBAGAI INPUT OPERASI.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT,

PERPADUAN NEGERI

SEIRING DENGAN PERJALANAN KE ARAH NEGERI MAJU JAYA, SESUNGGUHNYA MELAKA ADALAH NEGERI YANG AMAN DAN MAKMUR, DIKURNIAKAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA, AGAMA DAN ADAT RESAM. PERPADUAN DAN KEHARMONIAN NEGERI ADALAH ASET YANG HARUS DIPERTAHANKAN DAN DIPELIHARA UNTUK MENJAMIN KESTABILAN DAN KESEJAHTERAAN NEGERI. JUSTERU, SAYA BERHARAP RAKYAT MELAKA TERUS MENGEKALKAN KEHARMONIAN INI DAN MERAIKAN PERBEZAAN BUDAYA DENGAN MENGUKUHKAN LAGI PERPADUAN YANG TERJALIN SEKIAN LAMA. PADA MASA YANG SAMA, KITA HENDAKLAH MENGHINDARI SEBARANG TINDAKAN YANG BOLEH MENCETUSKAN PROVOKASI KAUM. WALAU PUN RAKYAT DIBERI KEBEBASAN BERSUARA, KITA HENDAKLAH TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN MENCETUSKAN ISU-ISU SENSITIF DAN KONTROVERSI YANG AKAN MEROSAKKAN RASA MUHIBBAH DAN PERPADUAN. RAKYAT JUGA PERLU SENTIASA MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA YANG MENJADI TUNJANG KEPADA PERPADUAN MALAYSIA SEKIAN

LAMA. PEMERKASAAN AGAMA ISLAM

DALAM ASPEK MEMARTABATKAN SYIAR ISLAM, SAYA BERHARAP PENTADBIRAN KERAJAAN DAPAT MEMBERIKAN PERHATIAN SERIUS TERHADAP USAHA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI HIDUP UMAT ISLAM. BAGI MEMAJUKAN UMAT ISLAM, BIDANG PENDIDIKAN DAN EKONOMI MESTI MENJADI KEUTAMAAN KERANA IA ADALAH BENTENG SEBENAR MEMPERTAHANKAN AKIDAH DAN MARUAH UMAT ISLAM DI NEGERI MELAKA.

SYUKUR KE HADRAT ILAHI JUA SETIAP TAHUN KITA DAPAT MELIHAT TERDAPAT PENINGKATAN KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI MELAKA. SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA SEHINGGA 31 DISEMBER 2019, KUTIPAN ZAKAT KESELURUHAN ADALAH BERJUMLAH RM98.84 JUTA DAN PADA TAHUN INI, ZAKAT MELAKA MENYASARKAN KUTIPAN ZAKAT HARTA DAN FITRAH SEBANYAK RM104.6 JUTA. SAYA MELETAKKAN SETINGGI KEPERCAYAAN DAN HARAPAN KEPADA AGENSI PENTADBIRAN AGAMA ISLAM UNTUK MENEROKAI INISIATIF PENINGKATAN KUTIPAN SERTA PENYALURAN ZAKAT SECARA BERINTEGRITI KEPADA PENERIMA AGIHAN DI SAMPING MEMPERKASAKAN PELAKSANAANNYA MENERUSI CADANGAN MEWUJUDKAN ENAKMEN ZAKAT NEGERI MELAKA.

SETERUSNYA SAYA INGIN MENEKANKAN PERANAN WAKAF SEBAGAI INSTITUSI PEREKONOMIAN ISLAM YANG MEMBERI RUANG KEPADA MEREKA YANG BERKEMAMPUAN MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI UMAT SEJAGAT. SELAIN DARIPADA MEMPERLUAS PROGRAM WAKAF DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM, SAYA BERHASRAT UNTUK MELIHAT KEPADA USAHA-USAHA KE ARAH PENGURUSAN PEMBANGUNAN PORTFOLIO ASET WAKAF YANG DINAMIK SEHINGGA MAMPU MENGHASILKAN PENDAPATAN. CATATAN SEJARAH PERADABAN ISLAM TELAH MELAKARKAN BUKTI BAHAWA WAKAF SEBAGAI INSTITUSI AMANAH TURUT MENYUMBANG TERHADAP KEMAJUAN BANDAR-BANDAR DI WILAYAH ISLAM LEBIH BESAR DARIPADA KEMAJUAN YANG DIKECAPI OLEH BARAT PADA ERA PERTENGAHAN (MIDDLE AGE) DENGAN MEMBIAYAI PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN PERKHIDMATAN TANPA MELIBATKAN DANA KERAJAAN. PERKHIDMATAN AWAM

USAHA KERAJAAN NEGERI UNTUK MENCAPAI KE TAHAP KEGEMILANGAN MELAKA PERLU DISOKONG DENGAN SISTEM TADBIR URUS TERBAIK, DISUSULI DENGAN BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM SUPAYA KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KEUPAYAAN KERAJAAN NEGERI DAPAT DIPERTINGKATKAN.

SAYA BERHARAP PENJAWAT AWAM MEMBERI PERHATIAN SERIUS TERHADAP HASRAT YAB KETUA MENTERI MENGENAI PENERAPAN TONGGAK ‘5K’ YANG MERANGKUMI KOMUNIKASI, KOLABORASI, KOORDINASI, KOMPETENSI DAN KONGSI MAKLUMAT BERSAMA.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT,

PENUTUP

DI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN NORMA BAHARU, RAKYAT MELAKA MEMERLUKAN TUMPUAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT SEKALIAN DALAM MENYELESAIKAN SEGALA

PERMASALAHAN. SEBAGAI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, APA JUA TINDAKAN DAN PERLAKUAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT SENTIASA MENARIK PERHATIAN UMUM.

OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MEMOHON SUPAYA AHLI[1]AHLI YANG BERHORMAT DAPAT MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI AGAR MENJADI CONTOH KEPADA MASYARAKAT UMUM DAN MENCERMINKAN KEMATANGAN PEMIMPIN. PERBALAHAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN HANYA AKAN MERUGIKAN SEMUA PIHAK. SEBAIK-BAIKNYA PERBEZAAN PENDAPAT YANG ADA DITRANSFORMASIKAN MENJADI LANDASAN KE ARAH KERJASAMA SATU PASUKAN DALAM MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA RAKYAT DAN NEGERI MELAKA YANG TERCINTA. SAYUGIA DIINGATKAN BAHAWA KESTABILAN POLITIK AKAN MENJAMIN ‘MELAKAKU UNTUK TERUS MAJU JAYA’.

SAYA MENARUH HARAPAN SUPAYA PERSIDANGAN DEWAN NEGERI KALI INI DAPAT BERJALAN DENGAN TERATUR DAN SEMPURNA, SERTA DENGAN PENUH RASA HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN TANPA MENGAMBIL KIRA IDEOLOGI POLITIK MASINGMASING.

AKHIR KATA, SAYA BERDOA SEMOGA NEGERI DAN RAKYAT MELAKA AKAN TERUS MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T DAN SENTIASA DILIMPAHI RAHMAT-NYA SUPAYA RAKYAT YANG BERBILANG KAUM DAPAT BERSAMA BERUSAHA MENJAMIN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN YANG DAPAT DIWARISKAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG. SEMOGA PERSIDANGAN KALI INI JUGA DAPAT DIJADIKAN PANDUAN UNTUK MERANGKA HALA TUJU PERANCANGAN DAN BELANJAWAN NEGERI MELAKA 2021 DENGAN FOKUS MERANCAKKAN SEMULA EKONOMI SERTA MEMULIHKAN KEYAKINAN PELABUR DAN PENGGUNA.

DENGAN LAFAZ BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM, SAYA DENGAN SUKACITANYA MERASMIKAN PEMBUKAAN PERSIDANGAN KEDUA, PENGGAL KETIGA, DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA YANG KEEMPAT BELAS. KEPADA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, SELAMAT BERSIDANG DI DEWAN YANG MULIA INI.

SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH,

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

 

Views:

1692
Kongsi :
Previous post Penggunaan getah asli sebagai campuran bahan turapan jalan diperluas tahun ini
Next post TYT mahu program wakaf hasilkan pendapatan
Ubah saiz-+=