Sorting by

×

Khairy mahu MySejahtera selesai isu sijil vaksinasi digital dalam tempoh seminggu

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PUTRAJAYA 9 Sept – Pasukan MySejahtera telah diarah menyelesaikan isu sijil digital di aplikasi MySejahtera bagi individu yang lengkap menerima vaksin dalam tempoh seminggu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya arahan itu dikeluarkan susulan kebimbangan orang ramai yang masih belum mendapat sijil digital vaksinasi mereka meskipun sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19.

Menurut Khairy bagi individu yang mendapati sijil digital aplikasi MySejahtera belum dikemas kini, mereka boleh menggunakan kad fizikal vaksin untuk sementara waktu.

“Semua masalah berkaitan MySejahtera saya telah mengarahkan pasukan MySejahtera untuk selesaikan dengan segera termasuk masalah tidak ada sijil digital….saya beri mereka tempoh seminggu untuk selesaikan,” katanya di sini hari ini.

Khairy berkata demikian dalam sidang media perkembangan COVID-19 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Khairy individu yang menerima vaksinasi menerusi program Vaksin Selangor (SelVAX) boleh menggunakan sijil digital dalam SELangkah sehingga mendapat sijil digital di aplikasi MySejahtera.

Mengenai permintaan yang semakin meningkat untuk membolehkan individu bujang berkunjung ke luar negara bagi melawat ibu bapa mereka, Khairy berkata, perkara itu sedang dibincangkan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa melihat kepada data dan penilaian risiko. Saya sentiasa membincangkan perkara ini dengan Ketua Pengarah dan kami berpendapat bahawa telah tiba masanya untuk kita membuat syor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Justeru, Khairy meminta orang ramai supaya bersabar bagi membolehkan KKM melihat indikator penting seperti soal kapasiti kesihatan di tahap yang baik untuk membuat syor kepada MKN supaya aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

458
Kongsi :
Previous post Kadar kematian individu lengkap vaksinasi COVID cuma 0.009 peratus – Khairy
Next post MBMB menang anugerah Jean Paul L’ Allier Prize for Heritage
Ubah saiz-+=