Sorting by

×

Laman sesawang baharu dilancarkan kongsi maklumat tepat COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PUTRAJAYA  9 Sept – Laman sesawang baharu iaitu https://COVIDNOW.moh.gov.my dilancarkan hari ini sebagai platform perkongsian data terkini mengenai COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, laman dilancarkan itu boleh diakses mulai 6 petang tadi dan memberi perincian menyeluruh dalam perkongsian data semasa di negara ini.

“Inisiatif ini antara proses perubahan baharu kerajaan untuk melakukan penambahbaikan dalam pelaporan semasa COVID-19 dalam negara.

“COVIDNOW yang dibangunkan beberapa minggu oleh pasukan terlibat mampu memberi perkongsian data yang lebih jelas dan mudah difahami,” katanya dalam sidang media disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini

 

LAMAN web baharu COVIDNOW dilancarkan hari ini.

Beliau berkata, proses perubahan baharu akan dilaksanakan termasuk dalam setiap pelaporan harian.

Menurutnya, proses perubahan baharu terhadap laporan kematian juga akan diperbaiki dari percanggahan dalam laporan kematian sebelum ini.

“Berbanding proses pelaporan kematian semasa pengesahan kematian kadang kala memakan masa berhari atau berminggu berikutam perlu mendepani beberapa proses.

“Ia seperti proses bedah siasat dan penilaian klinikal, pengumpulan data dan barulah disahkan kematiannya.

“Dengan proses pelaporan baharu pengesahan kematian akan disahkan pada tarikh kematian sebenar dan kemudiannya barulah proses bedah siasat dan pengumpulan data akan dilaksanakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

465
Kongsi :
Previous post KKM kaji penggunaan ubat-ubatan lain rawat pesakit COVID-19 – DR Hishamshah
Next post APM Alor Gajah tangkap dua ‘King Cobra’
Ubah saiz-+=