Kerajaan kaji turunkan harga kit ujian kendiri COVID-19 akhir tahun ini- Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR 9 Sept – Kerajaan sedang mengkaji untuk menurunkan lagi harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan ia mudah diakses oleh semua orang.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kesihatan sedang meneliti perkara itu.
“Bagi memperluas usaha pengujian, Kementerian Kesihatan telah mengiktiraf RTK Antigen dan meluluskan beberapa Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang boleh dibeli di farmasi di seluruh negara.
“Selain itu, untuk menjadikan Kit Ujian Kendiri boleh diakses semua orang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Kesihatan telah menetapkan harga siling kit ujian ini bawah RM20,” katanya, dalam ucapan khas semasa Sidang Kemuncak Pelan Pemulihan Negara yang diadakan secara maya hari ini.
Kerajaan telah menetapkan harga siling runcit bagi Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 dijual pada harga RM19.90 setiap set manakala RM16 setiap set untuk harga borong, berkuat kuasa 5 September.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 6 Januari - Menara Taming Sari yang menyajikan permandangan 360 darjah sekitar bandar Melaka menyasarkan 800,000 pengunjung tahun...
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...