
Kembangkan sektor pertanian dan komoditi untuk kawal harga bekalan makanan – TYT
AYER KEROH 20 Julai – Melaka disasarkan menjadi sebuah negeri kompeten dalam pembangunan sektor pertanian dan komoditi pertanian dalam tempoh beberapa tahun ini.
Melalui ucapan di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam berkata, sektor itu boleh mencapai 100 peratus tahap sara diri (self suffieciency level) melalui pendekatan dan polisi agromakanan yang bersifat ‘Market- Driven’.
Beliau berkata, sektor pertanian memainkan peranan penting kepada negeri kerana ia adalah jaminan bekalan makanan.
“Perkembangan sektor ini sekali gus dapat mengawal harga bekalan makanan bagi manfaat rakyat Melaka khususnya Malaysia.
“Kita hendaklah memberi perhatian berhubung kecupan bekalan makanan dalam negeri dan mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, rakyat Melaka perlu dibimbing dan diberi galakan untuk menceburi industri pertanian sebagai petani moden dan berteknologi sekali gus menjadikannya sebagai sumber pendapatan yang mampan.
-Berita lanjut menyusul-
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...