Kompleks Sukan Jasin bakal dibina tahun depan- Sapiah

Masa Membaca:48 Saat

JASIN 8 Sept – Kompleks Sukan Jasin bakal dibina tahun hadapan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai melakukan aktiviti sukan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Datin Sapiah Haron berkata, pembinaan kompleks itu menggunakan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kita mendapat peruntukan berjumlah RM8 juta yang diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan  kompleks itu dijangka siap dalam tempoh lapan bulan ke setahun.

“Antara kemudahan disediakan seperti auditorium, gelanggang sukan dan lain-lain fasiliti sama seperti Stadium Mini Jasin sedia ada,” katanya semasa Wawancara Khas bersama MHI di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, stadium mini sedia ada akan dinaik taraf bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai.

“Kita akan naik taraf padang mengikut spesifikasi ditetapkan termasuklah trek larian dan lampu-lampu di stadium.

“Peruntukan kita mohon sebelum ini sekitar RM5 juta…dengan insiatif ini sudah pasti kita dapat menarik penggemar sukan menggunakan stadium ini di masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1712
Kongsi :
Previous post Kumpulan pertama 76,400 remaja mula divaksin di Sarawak esok – Khairy
Next post Pidato galak rakyat berhujah secara berhemah, bersopan santun
Ubah saiz-+=