Sorting by

×

Kanak-kanak hilang ditemui terapung di lombong

Masa Membaca:57 Saat

IPOH 7 Sept – Kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun dipercayai hilang petang semalam selepas keluar dari rumahnya di Lorong Jaya, Taman Kinta Baru, Gopeng dekat sini ditemukan terapung di tepi sebuah lombong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mayat Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid ditemukan pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng dalam jarak kira-kira 80 meter dari rumah keluarga mangsa pada jam 9.45 pagi.

“Mayat mangsa dibawa naik oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan pemeriksaan awal pada fizikal mangsa telah dibuat dan didapati tiada elemen jenayah.

“Pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarga mangsa. Mayat dihantar ke Hospital Kampar bagi tujuan bedah siasat dan siasatan diteruskan sebagai laporan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hasron Nazri berkata seorang kanak-kanak autisme dengan masalah hiperaktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap, disedari hilang oleh ibunya kira-kira 6.30 petang semalam.

Beliau berkata pakaian terakhir mangsa sebelum hilang adalah berbaju T-shirt BoBoiBoy berwarna hijau dan memakai lampin pakai buang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak autisme hilang di Gopeng

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

964
Kongsi :
Previous post Malaysia beri keutamaan bangunkan semula ekonomi – Mustapa
Next post 45 penagih dadah ditahan di Pasir Panjang
Ubah saiz-+=