Liek Hou catat sejarah pemain badminton pertama menang emas Paralimpik
TOKYO 4 Sept – Satu hari yang penuh bersejarah buat sukan badminton Malaysia.
Juara dunia enam kali, Cheah Liek Hou menjadi pemenang pingat emas badminton yang pertama Sukan Paralimpik, selepas beliau menewaskan musuh utamanya Anrimusthi Dheva dari Indonesia pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), hari ini.
Badminton buat pertama kalinya dipertandingkan pada Sukan Paralimpik di Tokyo.
Pemain nombor dua dunia itu menewaskan Dheva pemain pilihan pertama Paralimpik 21-17, 21-15 pada hari keempat acara badminton yang berlangsung di Yoyogi National Stadium.
Pada set pertama, kesilapan yang dilakukan pemain nombor satu dunia itu membolehkan Liek Hou mendahului 5-0, sebelum pemain indonesia itu mengejar hingga ke kedudukan 8-5.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENGURUS KILANG DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI PENGKALAN
ALOR GAJAH 17 November - Seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, ketika berhenti di...
BENZ CLA MALAYSIA PILIHAN ‘HEALING ‘ DI MELAKA
AYER KEROH 17 November - Lebih 161 ahli Benz CLA Malaysia (BCM) memilih Negeri Melaka sebagai destinasi untuk berkumpul dan...
POLIS TAHAN LELAKI WARGA ASING GADUH, KOREK MATA
TASEK GELUGOR 17 November - Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang...
115 ALUMNI ITMCJ’84 BUKIT SIPUT ‘LEPAS RINDU’
AYER KEROH 17 November - Seramai 115 alumni Institut Teknologi MARA (ITM) kini Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bukit Siput, Johor...
PERTANDINGAN GOLF PIALA KETUA MENTERI BERLANGSUNG SERENTAK DI EMPAT LOKASI
AYER KEROH 17 November - Pertandingan Golf Piala Ketua Menteri Melaka bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan dianjurkan pada...
REMAJA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI JERAM BADOH
SEGAMAT 17 November - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 19 rakannya di Sungai Jeram...