Sorting by

×

Fasa 2 PPN: Jangan ambil mudah perlaksanaan SOP – KM

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 2 Sept – Rakyat Melaka dinasihati tidak ambil mudah terhadap setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan biarpun negeri ini sudah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Sabtu ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, walaupun keputusan itu merupakan perkara yang dinantikan namun pematuhan SOP perlu kerana negara masih berdepan pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana telah membuat keputusan tepat berpandukan kriteria ditetapkan.

“Keputusan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua rakyat Melaka, namun di sebalik kegembiraan dan kelegaan peralihan ini janganlah kita mengambil mudah setiap SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya petang tadi.

Menurut Sulaiman, dalam kenyataannya pagi tadi ketika segmen ‘Bicara Ketua Menteri’ bersama MelakaFM beliau ada menyatakan keyakinannya bahawa negeri ini boleh beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 dwaktu terdekat.

“Ternyata, petang ini berita yang ditunggu-tunggu semua rakyat akhirnya tiba selepas Mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini membuat keputusan yang Melaka akan beralih Fasa 2 PPN Sabtu ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Kadar 100% vaksinasi mampu dicapai akhir Oktober – PM
Next post Wanita Myanmar ditahan, ‘kantoi’ guna identiti orang lain dapatkan vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=