
Kerajaan tidak cadang longgarkan arahan pemakaian pelitup muka
PUTRAJAYA 1 Sept – Kerajaan tidak bercadang melonggarkan perintah pemakaian pelitup muka di tempat awam meskipun negara beralih ke fasa endemik suatu hari nanti.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah berhati-hati memandangkan banyak negara yang sebelum ini melonggarkan arahan pemakaian pelitup muka terpaksa menguatkuasakan semula perintah itu susulan ancaman varian baharu yang lebih bahaya.
“Pemakaian pelitup muka akan diteruskan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada perancangan untuk melonggarkan arahan ‘mask mandate’ atau keperluan memakai pelitup muka.
“Ada negara yang melonggarkan sebelum ini tetapi terpaksa mewajibkan semula. Jadi, kita ambil langkah berhati-hati untuk mengekalkan pemakaian pelitup muka ini,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Khairy berkata, beberapa perancangan telah dirangka KKM antaranya meminda prosedur operasi standard (SOP) lebih jelas.
Katanya, ia bagi memastikan SOP diumumkan tidak terlalu banyak dan terlalu rumit untuk rakyat apabila memasuki fasa endemik nanti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

