Penafian gambar Ketua Menteri dalam iklan produk

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 31 Ogos – Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan penggunaan gambar Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berhubung penglibatan beliau dalam iklan produk seperti ditularkan baru-baru ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan, gambar asal Ketua Menteri yang telah diedit dan disalahgunakan itu sebenarnya diambil pada Majlis Pencapaian Setahun Kerajaan Negeri Melaka pada 12 April lalu.

“Berhubung penggunaan gambar Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang disiarkan secara tidak bertanggungjawab dalam media sosial, Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dengan sekeras-kerasnya akan penglibatan YAB Ketua Menteri.

“Pejabat Ketua Menteri begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu yang didapati menyalahgunakan gambar Ketua Menteri untuk sebarang tujuan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GAMBAR asal Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang diambil pada Majlis Pencapaian Setahun Kerajaan Negeri Melaka pada 12 April lalu.

Jelas kenyataan itu, pihak yang terlibat diminta mengambil tindakan segera dengan memadamkan gambar berkenaan.

“Pejabat Ketua Menteri Melaka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan membuat aduan polis berkaitan perkara itu,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

663
Kongsi :
Previous post 30 cenderahati untuk ibu ‘anak merdeka’
Next post ‘Berkorban’ satu tan beras, telur dan bendera hayati kemerdekaan
Ubah saiz-+=