Tambahan dua hari sidang Dewan Rakyat beri laluan selesaikan usul kerajaan

Masa Membaca:47 Saat

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Tambahan dua hari persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang sepatutnya berlangsung selama 15 hari adalah bagi memberi laluan kepada hal-hal atau usul kerajaan yang perlu diselesaikan pada tambahan hari tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azhar sebelum ini memaklumkan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari bermula 6 Sept hingga 30 Sept depan.

Bagaimanapun menerusi notis yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin semalam, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 itu dipinda kepada 13 Sept hingga 12 Okt dan akan berlangsung selama 17 hari.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen turut berkongsi notis berkenaan menerusi media sosial masing-masing.

Azhar dalam pada itu turut memaklumkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat sememangnya mempunyai budi bicara untuk menukar tarikh persidangan sekiranya beliau fikirkan sesuai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

313
Kongsi :
Previous post ‘Lorong Merdeka’ bukti semangat patriotik penduduk taman
Next post Agong: Integrasi nasional, perpaduan kaum kunci cabaran negara
Ubah saiz-+=