Warga emas selesai kuarantin COVID-19 maut ambulans terbabas

Masa Membaca:46 Saat

KUANTAN 31 Ogos – Seorang warga emas yang baru selesai menjalani kuarantin COVID-19 maut selepas ambulans dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke longkang di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa, lelaki warga tempatan berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan pada 10.20 malam tadi.

“Kemalangan dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans yang dalam perjalanan menghantar mangsa yang tamat tempoh kuarantin di Hospital Pekan pulang ke rumahnya di Felda Chini, terbabas semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf.

“Kemalangan juga menyebabkan pemandu ambulans dan jururawat yang berada dalam kenderaan itu cedera ringan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata mangsa yang merupakan pesakit lelah kronik menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan sebagai kontak rapat pesakit COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

488
Kongsi :
Previous post Hasilkan video lakonan anak-anak sebagai pejuang demi memupuk semangat Merdeka
Next post PM seru rakyat dalami tema Malaysia Prihatin
Ubah saiz-+=